ku bahagia

ku bahagia

Khamis, 13 Disember 2012

12.12.2008 - 12.12.2012...Ulang tahun perkahwinan yang ke-4




Alhamdulillah...
saya bersyukur pada ALLAH atas kurniaan nikmat berumahtangga...

Terima kasih ALLAH kerana menjodohkan saya dengan en. hubby...

Terima kasih wahai en. Hubby kerana menikahi saya dan menerima saya seadanya...
dikaulah teman, rakan, kawan, sahabat, kekasih dan suami terbaik yg pernah saya ada...
terima kasih kerana menjadi pelengkap hidup saya...

sesunggunya saya bersyukur dengan segala yg saya telah ada...dan saya tetap redha andainya kami masih tiada rezeki utk mempunyai zuriat

Moga ALLAH izinkan kami bercinta hingga ke syurga..moga ALLAH kurniakan kami zuriat yg soleh dan solehah




Rabu, 5 Disember 2012

Cuti sekolah yang tak berapa best....

huhuhu......sejak mula cuti persekolahan pertengahan November lepas hingga entri ini ditulis saya dok terperap je kat umah.....

boring giler.............

rasa hati nak sangat berjalan.....rasa sangat cemburu bila tgk kawan2 di FB berposing di tempat yg mereka lawati....

tapi...en. Hubby keje dan cutinya dibekukan utk hujung tahun ni....xbest sungguh rasanya...

hujung2 tahun ni la baru peruntukan kerajaan turun n time ni la en. Hubby kena out station uruskan seminar n kursus utk anggota n pegawai...

hhmmm....nak wat cmne..trima je la...

mujur saya ada kawan di rumah sementara en. Hubby terpaksa meninggalkan saya atas sebab tugasnya...


yang ni namanya ciko...dia seekor sugar glider jantan...sangat nakal n garang sebab suka menggigit bila mood dia tak baik...tapi dia sangat cute


sambung tido pas mkn n minum....itu le kojenye waktu siang....


ni pula namanya CikMan...dia seekor ikan toman yg agak besar....tak pasti umurnya berapa tahun sebab saya dah bela dia hampir tiga tahun....sebab tu saya letakkannya dalam akuarium yg besar n x share ngn ikan lain...sangat manja n suka orang layan dia bermain...kalau sehari tak layan dia, dia akan merajuk...cikMan ni adalah pemberian kawan en. hubby time bujang dulu...dia dah berpindah ke penang lepas kawen


yg ni akuarium kecik je...jadi penghuninye pun ikan2 kecik jugak...


akuarium yg ketiga ni plak dihuni oleh seekor keli bunga, 6 ekor puyu dan seekor anak ikan naga
(dari spiesis arapaima)


hujung minggu ni (8, 9 & 10 Disember) baru rancang nak berjalan ke cameron highland ber family day bersama sepupu2, anak2 sedara dan ahli keluarga yg lain....kami gelarkannya family day 'kedai atok'...nanti saya akan kongsikan ceritanya ye :-)

Rabu, 21 November 2012

22 november 2012 - Saya dah genap masuk angka 3 siri

Selamat Hari Lahir untuk saya :-)
bertambah lagi umur saya ke angka 30 tahun

Syukur pada ALLAH kerana saya masih diberi kesempatan menjalani kehidupan sebagai hamba-NYA


Jumaat, 16 November 2012

Salam Awal Muharram 1434H

1 Muharram 1434H - Bumi Gaza bermandi darah kembali....

Sesungguhnya hati saya berasa sayu mengenangkan penderitaan dan penindasan yg dialami oleh saudara2 seagama dengan saya di sana terutamanya apabila saya melihat gambar2 kanak2 yg comel menjadi mangsa...
Sudah terlalu lama mereka ditindas....

Tatkala saya menyuap nasi ke mulut...fikiran saya melayang mengenangkan mereka...begitu juga ketika saya ketawa menonton cerita TV yg lucu...tiba2 hati menjadi hiba mengenangkan mereka yg berduka di Gaza...




Ntah kenapa kali ini perasaan sayu itu sangat mendalam....hanya doa saya panjatkan kepada ALLAH agar mereka dibantu...
Sesungguhnya ALLAH menguji mereka dengan ujian yg hebat kerana mereka adalah insan2 yg hebat....Moga ALLAH tempatkan mereka di syurga

Khamis, 8 November 2012

ketahui waktu subur


Mengesan waktu SUBUR dengan menggunakan thermometer. Dimana ianya mengesan suhu badan setiap hari from first day period. Apabila menghampiri waktu subur berlaku kenaikan suhu pada tiga hari berturut-turut.

Tak faham mengenai catatan suhu badan menggunakan thermometer? Cuba ambil suhu badan sebaik sahaja bangun dari tidur iaitu sebelum membuat apa-apa aktiviti. Letakkan termometer didalam mulut selama 5 minit dan buat cacatan.Mulakan pada hari pertama anda haid. Catatkan setiap hari dan beri perhatian pada pertengahan bulan. Sebelum ovulasi, suhu badan biasa selalunya berada pada takat 36.2-36.4 darjah selsius. Selepas ovulasi, akan terdapat kenaikan sekurang-kurangnya 0.25 darjah selsius. Selalunya ia berada pada tahap 36.6 darjah selsius Sekiranya kenaikkan ini berkekalan selama 3 hari berturut-turut, bolehlah dianggapkan yang ovulasi sudah berlaku.

suhu asas badan (BBT) -Terdapat banyak cara untuk mengetahui kesuburan anda. Salah satunya ialah melalui catatan suhu badan asas anda atau BBT (Basal body temperature). Tujuan carta BBT ialah untuk mengetahui bila ovulasi akan berlaku. Ia sangat berguna kepada mereka yang cuba untuk hamil, mengelak dari hamil atau untuk mereka yang cuba memahami fisiologi badan mereka. BBT lebih senang diukur dengan termometer yang khas untuk mengukur BBT ini

Fakta-fakta penting berkenaan PCOS


Polycystic ovarian disease atau PCOS adalah satu keadaan penyakit system reproduksi dimana berlaku ketidakseimbangan hormon dalam badan yang memberi kesan terhadap kitaran haid dan ovulasi.

Dikatakan 6-10
% wanita mengalami PCOS.
Kajian menunjukkan 90% wanita yang mengalami haid tidak teratur mengalami PCOS dan 30% yang tidak mengalami haid langsung didapati mengidap PCOS. 
Punca PCOS masih belum diketahui sepenuhnya dan penyelidikan sedang dijalankan untuk mengetahui sebab ia terjadi.

Antara tanda utama PCOS termasuklah tiada ovulasi, ovari yang bengkak yang mengandungi cyst-cyst kecil didalamnya dan berat badan yang berlebihan.

PCOS terjadi kebanyakkan pada wanita pada usia 20-30 tidak mengira kaum dan budaya. Ia juga kerap terjadi dikalangan sanak saudara tetapi bukan penyakit keturunan.
Ramai wanita mengalami gejala atau simtom yang berbeza diantara satu sama lain yang kadang-kadang membuatkan diagnosa secara klinikal menjadi sukar untuk dibuat.
Ada juga yang mempunyai simtom yang terlalu ringan seperti jerawat kecil ada juga yang mempunyai simtom yang lebih teruk seperti tumbuh bulu berlebihan pada muka dan keguguran rambut.

Untuk membuat diagnosa PCOS, wanita sekurang-kurangnya perlu mengalami sekurang-kurangnya 2 dari criteria berikut:
Haid yang tidak teratur atau tiada ovulasi
Tahap hormon androgen yang tinggi, atau
Polycystic Ovari
Diagnosa PCOS boleh dibuat dengan menjalani ujian darah LH/FSH pada hari kedua atau ketiga haid, ujian tahap testosterone dan imbasan ultrasound.

PCOS memberikan wanita lebih risiko untuk mendapat masalah infertiliti disebabkan anovulasi, kencing manis, tekanan darah dan kolesterol yang tinggi, kegemukan dan masalah kanser rahim.
PCOS adalah penyakit yang akan dialami seumur hidup dan setakat ini tiada ubat yang boleh mencegahnya. Jarang-jarang, ia hilang dengan sendirinya. 
Rawatan bergantung kepada samada wanita berhasrat untuk hamil atau tidak. Ubatan termasuklah pil hormon dan ubat subur.

Rabu, 7 November 2012

Harapan

Moga ada perkembangan positif yg dikhabarkan kepada sy n en. hubby time follow up di klinik Dr. Hamid Arshat nanti..

Moga sy akan lebih positif andainya tiada khabar gembira...

sy kena sentiasa ingatkan diri sendiri agar menjadi hamba Allah yg sentiasa bersyukur dengan apa yg sy telah ada...moga ujian yg Allah berikan ini dapat sy dan en.hubby tempuhi dengan sabar n kena usaha dengan lebih konsisten...


Jumaat, 2 November 2012

Sambutan Hari Kanak-kanak SKTK1

24 Oktober 2012
Sambutan Hari Kanak-kanak telah diadakan di SKTK1..kite layan gambar la ye...


inilah orang2 kuat guru2 sesi petang skolah saya



guru2 yg dihiburkan dengan persembahan murid2


 haaa....ni hero malaya tahun 2 yg selalu memeningkan kepala saya...


 mereka ni dapat tempat ketiga dalam acara persembahan tarian n nyanyian tahun 2...xkisahlah tempat ketiga dari tiga kelas pun...bagi saya mereka berpotensi n berbakat walaupun dari kelas akhir...yg penting, saya yg latih... :-)


aksi poyo

Khamis, 11 Oktober 2012

Budak Bucuk Dah Konvo

10 Oktober 2012 - saya sekeluarga telah ke MMU utk menghadiri Majlis Konvokasyen adik bongsu saya, khairul ikhmal a.k.a BUDAK BUCUK




Alhamdulillah....konvo juga..tahniah Bro


Jumaat, 5 Oktober 2012

oh...tidak!!! saya ter'stress' ngn anak murid kelas akhir

Hari ni hari jumaat....sepatutnya hari ni adalah hari yg paling tenang dalam hidup...ye la kan hari jumaat adalah penghulu segala hari...dan hari jumaat juga hari yg paling bahagia sebab esok sabtu n ahad adalah hari cuti...

Tapi....(banyak betul tapi saya nih)

Hari ni sy terpaksa meninggikan suara ketika sesi PnP bersama murid tahun 1 dan 2 kelas akhir....
stress betul saya rasa....sampai tahap nak lempang pun ada sebab saya rasa mereka agak melampau dan tidak menjaga adab dengan guru....

Namun, segera saya beristighfar....Astaghfirullahal 'Azim...
Ya Allah...syaitan membisikkan hasutannya agar saya melayani kemarahan tersebut...
Ya Allah maafkan keterlanjuran saya kerana saya terlupa anak2 didik ini merupakan ahli syurga...mereka perlu dibimbing bukan dimarahi dengan kasar...

Moga perkara ni tak berulang lagi....moga Allah berikan kesabaran yg tinggi utk saya berhadapan dengan murid2 kelas akhir ini....moga didikan dan asuhan yg mereka terima dapat membentuk peribadi soleh dalam diri mereka


Khamis, 4 Oktober 2012

Kemaruk Shoping Online

HuHuHu.....dh lama xshopping online...
jadi, tah mcm mana mood nak bershopping pun datang kembali...

TaaaaRaaaa......
Saya beli 3 helai tshirt muslimah zariya...puas hati beli tshirt ni...walaupun ramai yg jual tshirt muslimah...saya cuma pilih Haniza Collectionz je..harga pun ok sebab pas sy survay beberapa penjual, ada yg meletakkan harga yg agak tinggi pada baju yg sama.




TAPI.....ada 1 perkara yg buat saya geram n xpuas ati....
saya teringin beli sejenis krim yg rasanya xyah la saya bgtau apa fungsinya....
jadi, sy hubungi penjual utk beri maklumat pembayaran...pas sy bank in duit n bg dia bukti pembayaran dia boleh lak kata yg xde transaksi dilakukan pd tarikh n masa yg saya beri....hangin betul saya rasa tau...
sehingga coretan ini ditulis....kes saya ngn dia masih lom selesai...dah dekat 6 hari ni...nak marah pun ada....
sabar je la...dalam hati nak gak kata...(melayang la duit aku kali ni...) geram!!

Sabtu, 15 September 2012

Kurang Sihat....

Entah kenapa sejak kebelakangan ni saya rasa kurang sihat....

Secara fizikalnya saya nampak ok tapi hanya saya yg mengetahui betapa lenguh & sakitnya badan saya ni...

Ni yg nak kena kuatkan usaha utk turunkan berat pas raya ni...

Ahad, 26 Ogos 2012

Innalillahi Wainnailaihi Raajiun

Dari ALLAH kita datang dan kepada ALLAH kita kembali....

25 Ogos 2012 bersamaan 7 Syawal 1433H- Mak long (kakak abah sy) telah menghembuskan nafas terakhir di rumah anak ketiganya di Ampang. Empat tahun yg lalu, arwah diserang strok hingga mengakibatkan separuh badannya lumpuh..

Moga ALLAH tempatkan arwah dikalangan orang2 yg beriman dan solehah. Moga ALLAH mudahkan urusannya di alam sana...

Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi Muhammad s.a.w bersabda: "Apabila seorang anak Adam mati putuslah amalnya kecuali tiga perkara: sedekah jariah atau ilmu yang memberi manfaat kepada orang lain atau anak yang soleh yang berdoa untuknya."
Arwah berdiri di tengah

Sabtu, 11 Ogos 2012

Sumbangan Hari Raya

Mood sedih sikit sebab tahun ni en. Hubby terpaksa bertugas pada raya pertama dan kedua...jadi, raya ketiga baru saya dapat bersama en. Hubby...

oleh kerana dah kena duty, jadi en. Hubby menerima sumbangan hari raya berbentuk barangan...dan duit rayanya akan diedar pada raya pertama hehe...

ni la barang2nye
l
l
l
v


Selasa, 7 Ogos 2012

Iftar di De Palma Hotel Ampang

7 Ogos 2012 = 18 Ramadhan 1433H

en. Hubby dengan baik hatinya menjemput sy utk menemaninya berbuka puasa di De Palma Hotel Ampang.... kebetulan staff di pejabatnya mengadakan majlis berbuka puasa sebagai ganti family day yg tak jadi bulan lepas...en. Hubby kata kalau sy tak de dia tak lalu nak makan...hehehe...gembiranya rasa hati dengar beliau berkata begitu...

sy nih sebenarnya nak pecah rahsia....sy sebelum nih xpernah berbuka puasa di hotel dan sy mmg tak berapa suka berbuka selain dari di rumah......hehe...jadi, sila bayangkan betapa janggalnya perlakuan sy ketika mula2 sampai.....tapi sy dh pesan siap2 kat en. Hubby spy tidak tinggalkan sy sendirian sebab kebanyakan staff pejabatnya adalah lelaki dn tak ramai yg membawa isteri bersama...mujur kami dapat tempat duduk bersama kawan en. hubby yg membawa semua ahli keluarganya...xde la segan sangat.....

walau apepun...sy rasa best sangat...tengkiu ye en. Hubby :-)

Khamis, 26 Julai 2012

Kesedihan yg sukar dibendung

Ya Allah Mungkin bagiku sesuatu perkara itu baik tapi bagi Mu tidak,dan apabila aku berfkir sesuatu yang buruk tapi bagi Mu sesuatu itu baik untuk ku, engkau memilih apa yang aku sentiasa tersilap pilih, maafkan aku....Sesungguhnya Engkau  Yang Maha Mengetahui dan memilih yang terbaik untukku.


Di hari jumaat, penghulu segala hari...hati saya berasa sangat sedih....mungkin sebab saya meletakkan harapan yg tinggi ketika bertemu doktor pagi tadi...apabila diberi khabar yg menyedihkan hati ini, kekecewaan tersebut sangat sukar dibendung...

Sesungguhnya saya rasa amat bersyukur kerana dalam kesedihan ini en. Hubby sentiasa di sisi....Moga ALLAH pelihara kasih sayang en. Hubby hingga ke akhir hayat..


Rabu, 25 Julai 2012

Rezeki Ramadhan...

Tahniah buat semua kakitangan awam dan pesara kerajaan kerana bakal menikmati bonus setengah bulan gaji menjelang hari lebaran tak lama lagi...

Walaupun begitu, kita harus mengamalkan sikap berjimat cermat dan tidak terlalu boros berbelanja....bajet kena betul2 sebab gaji bulan sembilan lambat lagi...  :-)

Ahad, 22 Julai 2012

Alhamdulillah...Ramadhan Kembali Lagi


Assalamualaikum....
Syukur pada ALLAH kerana sy dan keluarga masih diberi kesempatan utk merasai kemanisan ramadhan untuk kali ini....

Sy juga ingin mengambil kesempatan utk mengucapkan selamat berpuasa kepada semua..

Moga ALLAH sentiasa memelihara iman kita, diberikan kesihatan yg baik dan moga kita semua istiqamah melakukan ibadah dalam bulan yg pernuh berkat ini...marilah kita sama2 merebut peluang untuk melipatgandakan amal ibadah di bulan yg mulia ini.

Ahad, 1 Julai 2012

PCOS punca sy masih belum hamil

27 Jun 2012 - sy dan en. Hubby telah menemui Dato Dr. Hamid Arshat di damansara utk mendapatkan rawatan kesuburan...sy telah menjalani vaginal ultrasound dan didapati sy mengalami masalah PCOS (Polycystic Ovary Syndrome)

Jadi, untuk permulaan sy diberi ubat clomid utk merangsang pengeluaran telur dalam ovari saya...12 Julai 2012 ni adalah temujanji saya yg seterusmya...menurut kata dr. Hamid, dia akan buat smula vaginal ultrasound utk mengukur saiz telur sy....seterusnya nanti akan ada ujian juga buat en. Hubby.

Doakan moga usaha sy n en hubby berjaya ye... :-)


Ahad, 10 Jun 2012

Cerita Di Hari Terakhir Cuti Sekolah

Hehehe....sejak awal pagi lagi en. Hubby dah buat persiapan nak gi memancing...sebenarnya saya yg janji ngn dia...kalau dia bantu saya mengecat surau sekolah, saya akan belanja dia gi mancing kat kolam ikan pilihan hati dia...

Jadi....tepat kul 11 pagi, saya telah dipaksa rela utk ikut dia gi memancing di kolam pancing kundang, sungai buloh...dekat je ngn umah nenek saya..en. Hubby nak rasmikan penggunaan joran barunya...dalam masa setengah jam dapat la seekor ikan Pacu....oleh kerana en. Hubby mula riak n bercakap besar...maka xde dah hasil tangkapan kami di kolam tu...jadi lah dapat seekor pun..nasib baik murah je bayarannya...

Pastu en. Hubby sibuk ajak teman dia mancing di empangan batu, greenwood lak....mulanya ok je....dapat seekor talapia....pas en. Hubby riak kembali...xde dah dapat ikan sampai la dia mula boring memancing....

Dengan hasil pancingan 2ekor ikan tu...kami pun pulang segera....sampai je di rumah, ikan tu pun menjadi santapan malam kami berdua


Selasa, 5 Jun 2012

Jalan2 Pantai Timur 28 Mei - 31 Mei 2012

Cuti sekolah bermula pada 26 Mei yg lepas....oleh kerana en. Hubbby juga mengambil cuti sepanjang cuti sekolah ni, kami merancang utk ikut mak n famili Cik Bashah ke pantai timur...dengan 2 tujuan utama beserta dengan tujuan utk jenjalan n shopping..

Tujuan pertama - anak cik bashah akan mulakan praktikal selama 6bulan di Kerteh..oleh kerana dia xbrani memandu jarak jauh, jadi bantuan abah diperlukan utk drive kretanya ke Kerteh..cuma, masalahnya bila perjalanan balik, mak abah xde kenderaan...dengan adanya kreta kami, maka selesailah masalah.

Tujuan Kedua - Kami nak ziarah besan mak...pak mertua angah yg baru kuar hospital...disyaki terkena virus kencing tikus...

kita tgk gambar la plak ye...

 Gambar ni diambil ketika kami dalam perjalanan ke kelantan melalui Gerik..tempat ni sejuk...dapat lihat pemandangan banjaran Titiwangsa


 Cik adik yg tengah tu akan ditinggalkan di Kerteh utk 6 bulan akan datang...jadi org Kerteh la plak


 Mak n Abah


 2org bujang perasan hensem ala2 k-pop


 Ni homestay di Rantau Panjang, Kelantan....Family mertua angah tolong bookingkan...besarkan....6 bilik 4 bilik air...mmg berbaloi sangat sebab kami ramai...


Sebelum balik....kami singgah di Cherating


ni je gambar yg agak menarik....yg lain xde dalam simpanan...

Kami bergerak pada pagi  28 Mei 2012...melalui Kuala Kangsar-Gerik-Jeli-Rantau Panjang.
Tidur di Kelantan 2 Malam....sempat merayau di pekan Rantau Panjang n Wakaf Che Yeh...selain itu, sempat juga menziarahi kawan cik Bashah di Kg Repek.

30 Mei 2012...Kami bergerak pula ke Terengganu....singgah di Pantai Batu Buruk utk bertemu kawan Mal yg bertugas di Hot. FM Terengganu dan singgah sekejap utk mkn tengahari di rumah bekas staf cik Bashah yg kini bertugas di Hospital Kuala Terengganu....kemudian meneruskan perjalanan ke Kerteh....

Sampai di Kerteh, kami bermalam di rumah  yg asalnya homestay tapi disewa selama 6 bulan oleh anak cik Bashah bersama 4 org lagi rakannya...umah tu kecik je...2 bilik tapi sangat cantik dan selesa...cuma 1 je kekurangannya...xdek aircond....umah tu sangat panas waktu siang dan awal mlm...maybe sebab cuaca tepi pantai kot...

31 Mei 2012...kami bergerak pulang ke Kuala Selangor....singgah sekejap di Cherating....kononnya 2 org bujang yg ikut rombongan nih nak mandi laut...tapi bila tgk laut dah jauh ke tengah n cuaca yg sangat panas...maka rancangan dibatalkan...amik gambar je la...

Rabu, 23 Mei 2012

TaHNiaH aTaS KeHaDiRaN PeNYeRi HiDuP


Tahniah buat sepupu (Bgmieq dan kak yue) atas kelahiran puteri ketiga yg diberi nama Aryana Zakiah....xsabar nak jumpa org baru ni...
ni pula baby rakan sekelas masa form3 dulu...tahniah buat zai suhana n suami atas kelahiran cik Zara Zenia
Hero yg telah lama dinantikan hampir 5 tahun..tahniah buna n en. sabar kerana sentiasa bersabar menanti kelahiran putera yg diberi nama Ahmad Shyimeer Harraz...














Saya tumpang gembira atas kegembiraan mereka menyambut kelahiran org baru sebagai penyeri hidup....moga ALLAH ubati kedukaan hati ini dengan  perkara yg lebih baik..

Selasa, 15 Mei 2012

Selamat Hari Guru

16 Mei setiap tahun merupakan tarikh istimewa buat insan yg bergelar guru....termasuklah diri saya..

Moga ALLAH berikan saya kekuatan dan kesabaran mendidik anak murid menjadi insan yg menyayangi ibu bapa, menghormati guru dan sentiasa mengingati ALLAH dan Rasul dalam setiap tindakan mereka.

Moga ALLAH berkati usaha yg saya lakukan...moga ALLAH berkati rezeki yg saya perolehi sebagai pendidik dan moga ALLAH kurniakan saya kesihatan yg baik...

'Selamat Hari Guru'

Sabtu, 5 Mei 2012

Pesta Buku Antarabangsa di PWTC

Saya dan en. Hubby baru je baik dari demam...dah seminggu lebih kami demam yg agak teruk..ye la, cuaca skrg ni agak tidak menentu...kejap panas terik...kejap ujan lebat...jom baca crita saya tentang Pesta Buku Antarabangsa di PWTC


5 Mei 2012- hari yg saya nanti2kan sebab harini merupakan hari pelancaran novel 'Sunan Musafir'...novel ni merupakan pelengkap kepada siri 5 siri novel terdahulu  tulisan penulis yg sangat saya minati iaitu Ramlee Awang Mursyid..




Hati ni hanya ALLAH saja yg tau betapa terujanya saya....pukul 9 pagi saya dah tunggu di depan pintu Dewan Tun Dr. Ismail kat PWTC semata2 nak berbaris utk mendapatkan novel hard cover limited edition tersebut..Alhamdulillah, Allah mudahkan saya....terima kasih buat en. Hubby yg sentiasa di sisi walaupun terpaksa berbaris panjang lebih dari sejam...i Love u dear...


Kemudian, kami menghadiri majlis pelancaran novel tersebut...pas dapat je novel tu, kami xtunggu utk dapatkan tandatangan penulisnya sebab org ramai sangat....terus je ke Galeri Ilmu utk dapatkan buku Macedonia Alexander Agung-Hijab Raja Zulkarnain...

Akhirnya lengkap la buku yg dihajati....kami xronda2 pun sebab tak berapa sihat...so, pas semua buku dah dimiliki, kami pun bergerak utk balik...tiba2....kami jumpa dia nih---->

Khamis, 15 Mac 2012

Jangan Suka Bertangguh!! - ingatan buat diri sy

Sy menerima satu email dari rakan 'alam maya' yg sy rasakan sangat berguna utk dikongsikan bersama...moga perkongsian ini memberi manfaat buat yg membacanya...


Assalamualaikum noor izura,

Kami harap noor izura sekeluarga diberi kebahagian dan ketenangan hakiki dari Ilahi InsyaALLAH.

Kali ini, kami ingin berkongsi dengan noor izura sikap sesetengah ibu bapa yang terkadang menangguh-nangguh untuk mendidik anak-anak dengan Al-Quran.

Kadang-kadang mungkin kerana keletihan, kesibukan dan pelbagai lagi tugas harian kita.

Tapi jangan..jangan...jangan... jangan kita biasakan diri menangguh sesuatu pekerjaan, tapi biasakan diri supaya berdisiplin menyiapkan sesuatu kerja pada masanya.

Malahan sifat suka menangguh-nangguh kerja juga adalah satu sifat yg dicela Islam.

Bersabda Rasulullah yang diriwayatkan oleh Ibnu Abbas (yang tercatat dalam Kitab Tanbihul Ghafilin - Peringatan bagi orang yang lalai:

Binasalah orang yang suka menangguh-nangguh kerja (termasuklah menangguhkan taubat)!

Dan juga, saya risau jika kita sering menangguh-nangguh untuk mendidik anak dengan Al-Quran, suatu hari nanti apabila anak itu sudah besar, suka bermain sahaja, tidak mahu belajar, kita akan menyesal dan berkata: "Kenapalah aku tidak mula mendidik anakku dengan Al-Quran sewaktu dia kecil dahulu??"

Ketika itu, sesalan sudah tidak memberi apa-apa faedah kerana masa mustahil dapat diputar kembali di alam realiti ini.

Jom. Mulakan mendidik anak dengan AL-Quran dari sekarang. Boleh kan?

Boleh InsyaALLAH!

Kami doakan semoga ALLAH memudahkan urusan noor izura dalam mendidik anak InsyaALLAH

Ikhlas,

Ustaz Amri Mohd. Nason & Ustazah Aishah Hashimee

Ahad, 11 Mac 2012

Rancangan Mengejut en.Hubby ke Bukit Fraser


Salam...

10 Mac 2012.....setelah kecewa kerana tak dapat hasil tangkapan setelah 3 jam memancing di empangan batu, gombak...en. Hubby pun mencadangkan kami jenjalan ke Kuala Kubu Bharu...kononnya dia nak tunjukkan pada sy kem tempat kursusnya...sy pun stuju sebab en. Hubby kata "tak jauh yang...dekat aje..."

kami bergerak dari gombak kul 4 petang n sampai di Kuala Kubu Bharu kul 5...kemudian en.Hubby ajak pula sy ke Bukit Fraser...setahu sy laluan ke sana mengikut jadual...tapi en. hubby kata "tak yang, dekat aje..." rasa cm kena tipu je...

Dalam hati sy ni bertanya2 juga lepas tgk signboard ke Bukit Fraser menunjukkan 40km lagi...mulanya nak ajak je en. Hubby patah balik...tapi pikir2 semula kalau patah balik rugi lak rasanya sebab dh separuh jalan....so, kami amik keputusan utk teruskan....

Laluan ke Bukit Fraser bagi sy sgt mencabar...kalau dulu sy rasakan laluan ke Genting n Camaron agak mencabar....rasanya kini sangkaan sy meleset...sebab laluan ke Bukit Fraser sgt sempit n banyak kawasan di sepanjang laluannya mempunyai kesan2 tanah runtuh...ish...mmg takut la lalu situ....

Kami sampai di puncak pada pukul 6 petang...apa lagi....layan la gambar yg ada ni...banyak lagi gambar tapi segan lak nak tepek sebab en.Hubby wat spoil..



en.hubby Verangan nak main golf kat sini

xbeli pon....

Jam menunjukkan kul 6.43 ptg


Lepas maghrib...kami bergerak pulang...

Mulanya, en. Hubby dengan konfidennye kata "xpa...abg tau jalan nak turun"

pastu tetiba dia kata 'ala yang...abg pun xpasti mana laluan turun"

hangin gak sy ngn ayat dia tu.....tapi memandangkan hari pun dah mlm, jd kami kena bekerjasama mencari laluan turun sebab laluan naik telah ditutup...laluan turun agak mengerikan kerana pada waktu mlm, jarak penglihatan agak terhad ditambah pula ngn suasana yg berkabus...mcm2 yg sy fikir masa tu..paling utama...kalau jadi sesuatu yg xdiingini...xde sapa pun tau kami berada di situ...mmg seram..mmg cuak sgt...

dgn lafaz bismillah...kami tawakkal je ikut laluan turun yg gelap, sunyi dan berkabus...di tepi2 jalan banyak kesan2 tanah runtuh....bila kami tiba di satu jambatan...kami xnampak laluan di hadapan walaupun mnggunakan lampu tinggi...kabus sgt tebal masa tu...rasa cm nak nangis pun ada....

hehehe....len kali nak berada di area Bukit Fraser....kena waktu siang yek....kalau waktu mlm, ini la jadinya...

Alhamdulillah....akhirnya kami sampai smula di Kuala Kubu Bharu dalam kul 9...pas mkn kami trus balik kl semula

Sabtu, 11 Februari 2012

Sekadar Berkongsi....

Saya menerima e-mail yg saya rasa sangat berguna...alangkah indahnya andai saya dapat praktikkan pada zuriat saya sendiri...jadi, pada yg membaca blog saya (ada ke?) saya nak kongsikan ilmu ini buat anda semua.....

Assalamualaikum noor izura,

Begitu cepat masa berlalu.. Setiap minggu baru bermula, pejam celik dah hari hujung minggunya.. Kita sentiasa sibuk berlari mengejar hari. Itu adalah tentang kita dan dunia kita.

Bagaimana pula dengan dunia anak kita? Adakah mereka merasa begitu. Mereka adalah sebaliknya pula. Masa berlalu begitu lambat dan amat membosankan. Kadang-kadang terlihat dengan jelas kebosanan di mata mereka. Jika bayi, mereka akan menangis kerana kebosanan berbaring, jika kanak-kanak mereka akan bosan kerana terperap dirumah kerana belum lagi bersekolah. Walaupun ada aktiviti menonton TV, tetap mereka akan jadi bosan menonton TV jika ianya sepanjang hari. Sayang sekali, jika masa yang mereka lalui setiap hari ini disia-siakan. Ia nya begitu setiap hari hinggalah mereka mula bersekolah, barulah pengisian ilmu bermula. Jika kita dapat meluangkan masa walau hanya setengah jam setiap hari bagi mengisi masa-masa bosan mereka ini, akan menyebabkan anak kita jadi beberapa langkah lebih cerdik dari kanak-kanak lain.

Bagaimana bermula? Saya tidak mengenali secara peribadi noor izura. Namun nasihat saya, jika mempunyai anak yang masih bayi, ajarkan dengan menggunakan pendengaran dahulu. Cuba kita perhatikan hari pertama bayi dilahirkan, mereka disambut dengan azan dan iqamat. Tanpa mengetahui dan mempelajari fakta sains pun, jika kita adalah dikalangan dari orang yang memerhati, kita diberi pelajaran bahawa bayi boleh diajar dengan pendengaran.

Alam bayi semasa dalam kandungan adalah gelap, tiada apa yang dapat mereka lihat. Tanpa penglihatan, deria pendengaran mereka sangat tajam. Hanya deria pendengaran sahaja yang mereka boleh gunakan ketika didalam kandungan. Bila lahir, deria inilah juga yang kita boleh gunakan untuk mengajar mereka bukan sahaja kalimah Allah dalam azan dan iqamat, malah kalimahNya yang lain dalam Alquran.

Yang menjadi masalahnya, kebanyakkan ibu dalam tempoh berpantang, mungkin kerana kebosanan, berbagai telenovela dan cerekarama jadi santapan mata. Bayi yang baru lahir yang selalunya berada di sebelah ibu yang berpantang, yang masih tidak membuka mata, turut mengisi pendengarannya dengan bermacam-macam masalah dunia dari cerekarama yang tiada kesudahannya itu. Jadi jangan salahkan anak kita bila dah besar, dia pula buat cerekarama dan menyusahkan hati kita.

Alangkah baiknya jika, bayi tersebut, setelah pulang kerumah, diisi dengan ayat alquran setiap hari. Ibu yang berpantang juga akan mendengarnya dan secara automatik, susu yang di hasilkannya akan mengandungi khasiat ayat Al Quran yang didengarnya itu. Inilah konsep letak air ketika kita membaca Yassin. Air Yassin tersebut boleh menjadi penawar orang kerasukkan histeria dan lain-lain. Terbukti dalam kajian sains bahawa air yang didedahkan dengan kata kata yang elok atau ayat alquran mempunyai susunan molekul yang cantik dan seragam. Begitu juga dengan susu badan kita jika kita sendiri mendengar ayat ayat suci Al Quran. Jadikan susu badan kita bukan sahaja berkhasiat secara fizikalnya dengan penuh DHA (minyak ikan yang dimakan ibu yang menyusu), ekstrak daun zaitun olive oleo, kismis, badam, dll, malah susu badan kita tersebut penuh dengan khasiat kerohanian yang akan menjadi darah daging anak kita. Jadilah anak ini secara semulajadinya suka akan alquran.

Ada juga yang bertanya, anak saya dah besar. Dah nak masuk sekolah. Macam mana tu? Elok juga diperdengarkan dengan ayat Al Quran terutamanya Juzuk Amma tu kerana senang untuk mereka menghafalnya bagi dibawa sebagai surah dalam solat. Dah nak hampir umur wajib solat dah tu. Bila dah hafal, jika mereka disekolahkan ke sekolah agama rakyat ke, senanglah nak lulus periksa. (Dengar ayat pasal nak lulus periksa, haha)

Apapun, langkah permulaan atau langkah pertamanya adalah mendengar dan diperdengarkan! Ini akan membantu ketika kita ingin mula mengajar mereka menghafal. dan mulakan seawal yang boleh. Dan percayalah mengajar mereka mengenal 26 huruf hijaiyah lebih susah dari mengajar mereka 26 huruf ABC kerana usaha keras syaitan yang akan sentiasa berada ditengah-tengah kita ketika kita mengajar anak kita. Mereka takut akan potensi anak tersebut yang akan menguasai Alquran bila ia dewasa nanti. Maka jika ada hari kita berasa tidak bersemangat untuk mengajar anak kita, ingatlah akan itu sebenarnya dari syaitan.

Ikhlas dari,

Lina Karim

Jumaat, 3 Februari 2012

Beberapa Kisah Sedih yg menyentuh perasaan saya Untuk Dikongsi

Kisah 1 - Ni gambar adik Adam..baby ni 10bulan. adik Adam ni merupakan anak angkat kepada kakak kawan saya di sekolah...setelah sekian lama berusaha utk mendapat zuriat, kakak kawan saya mengambil keputusan bersama suaminya utk mengambil baby ni sebagai anak angkat mereka....

Segalanya ALLAH tentukan sejak azali lagi...kita merancang, ALLAH juga merancang...sesungguhnya perancangan ALLAH itu adalah yg terbaik buat hambaNYA...kini adik Adam berada di ICU Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang kerana mengalami masalah pada paru2nya...Moga ALLAH beri kesembuhan buat adik Adam...Amin.

Kisah 2 - Saya menerima panggilan dari rakan sekerja yg sedang hamil 6 bulan...katanya beliau mengadu pada doktor yg babynya kkurang bergerak... ketika doktor scan baby...doktor dapati babynya menghadapi masalah...ALLAHUAKBAR...kawan saya ni pun seperti saya juga...dah lama menanti permata hati...bayangkanlah kesedihan hatinya apabila dikhabarkan keadaan bayinya yg bermasalah...beliau diberi pilihan sama ada menggugurkan kandungan ataupun meneruskannya...namun menurut doktor, harapan utk bayi lahir dalam keadaan normal adalah tipis...

Sedih sungguh hati saya mendengarnya...saya hanya mampu memberikan kata2 semangat dan nasihat agar kawan saya meneruskan kandungannya...Penciptaan manusia itu urusan ALLAH...hanya padaNYA saya minta dia berserah...doa saya Moga kawan saya diberi kekuatan oleh ALLAH utk meneruskan kandungannya...sekurang2nya, andai bayinya lahir bernyawa, dia masih berkesempatan memegang dan memeluk zuriatnya sendiri...

Selasa, 31 Januari 2012

SAMBUTAN MAULIDURRASUL 1433H

Tanggal 5 Februari 2012, bersamaan dengan 12 Rabiulawwal 1433 Hijrah merupakan tarikh ulang tahun keputeraan Rasulullah s.a.w yang mana pada tarikh inilah junjungan besar kita dilahirkan ke dunia.

Bersempena dengan tarikh ini juga, seperti kebiasaannya akan diadakan sambutan maulidur rasul PERINGKAT MASJID AL-ANSAR TAMAN KERAMAT dan pada kali ini ianya bakal bertemakan Persefahaman Asas Perpaduan Ummah.

Jadi, pada hari ahad ni saya bersama guru2 dan murid2 SK Taman Keramat 1 akan menghadiri sambutan tersebut di masjid...mmg setiap tahun Masjid Al-Ansar akan mengadakan sambutan tersebut dan sambutannya sangat meriah..ramai ahli kariah masjid yg hadir menyertai perarakan, mendengar ceramah dan yg paling best ada cabutan bertuah!! bayangkan pada thn 2010, pihak masjid menerima tajaan tiket umrah percuma utk 3org pemenang cabutan bertuah..tahun lepas saya xingat...tahun ni xtau la plak.....

Mcm2 aktiviti diadakan nanti, antaranya pertandingan perarakan ahli kariah yg disertai oleh pihak surau, taman perumahan & sekolah yg berdekatan dengan masjid, pastu caramah yg bakal disampaikan oleh penceramah jemputan, selawat dan berzanji dan akhir sekali cabutan bertuah...bertuah ke saya tahun ni? xtau la..kalau ada rezeki alhamdulillah...tapi saya lebih teruja nak dengar ceramah...

Isnin, 16 Januari 2012

Tanpa Tajuk

Ya Allah mudahkan bagiku apa saja yg Kau takdirkan untukku, ku pohon keberkatan rezeki utk kukongsi dgn keluargaku, lapangkan jalan bagiku, berilah ilham di saat aku buntu, bantu aku mendidik anak2 muridku, berikanlah cinta mereka kepada ku sebagaimana kuberikan cintaku kepada mereka, ikatkan ukhwahku bersama rakan guru, jadikan kami golongan yg saling membantu dan jauh dari rasa cemburu, teguhkan sekolah kami sebagai institusi melahirkan generasi Rabbani….Amin

Ahad, 15 Januari 2012

Mari Kita Amalkan

Dato' Dr. Fazilah Kamsah pernah berkata..... ..
" setiap pagi sedekahkan al-fatihah kepada kedua ibu bapamu (tak kira masih hidup @ telah tiada)
".......... nescaya pintu rezekimu akan terbuka buat kamu...


Berdasarkan Hadith Nabi :
"Tidak akan terputus rezeki seseorang selagi dia tidak meninggalkan doa kepada kedua orang tua nya dalam sehari"

Huraian hadith:

- jangan sesekali meninggalkan doa kepada kedua ibubapa (baik yang hidup mahu pun yang sudah tiada)

- Allah akan memurahkan rezeki kepada mereka yang tidak putus berdoa kepada kedua ibu bapa (walaupun ada ibu bapa yang leka, doakan agar mereka berubah)

- Ingatlah bahawa keredhaan ibu bapa adalah keredhaan Allah

- Semasa berdoa, berdoalah dengan bersungguh2. ...tadah tangan dan bayangkan wajah kedua orang tua kita, termasuk guru2 kita dan mereka yang banyak menolong kita (berdoa perlu benar2 bersungguh2)

- Mereka yang lupa berdoa kepada kedua orang tua, akan disempitkan rezeki oleh Allah

Kesimpulannya:

- Bagi yang berniaga, tak perlu ada ilmu pelaris....Cuma jangan lupa doakan ibu bapa kita setiap hari

- Rezeki bukan sahaja berupa wang ringgit, tetapi segala nikmat yang kita dapat dari Allah (e.g. makan, kesihatan, kasih sayang, ilmu dsb nya..)

Sama2 kita berdoa untuk kedua ibu bapa kita – AL FATIHAH UNTUK MEREKA.

Sabtu, 14 Januari 2012

Saya Sangat Teruja!!!

Ya Allah, andai saya dikurniakan zuriat...hati ini bercita-cita untuk menjadikan zuriat saya mengenali Al-Quran seawal usia bayi lagi...sama macam adik DarwishnDarwisya
Moga doa dan harapan saya ini terlaksana sebelum nafas saya terhenti...Amin

Khamis, 12 Januari 2012

Follow Up Doktor

Jadual Follow Up saya dengan doktor pakar 2 klinik di Kompleks Rawatan Harian Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang:

2 petang, 12 Januari (jumpa pakar ENDO)
10 pagi, 2 Februari (klinik O&G)
8 pagi, 20 April (ambil darah utk PCOS kat klinik MOPD)
2 petang, 3 Mei (temujanji dktr pakar ENDO)

banyaknya temujanji....saya tinggal di KL tapi kenapa temujanji saya di HTAR? hehe...panjang ceritanya...dipendekkan cerita, sejak thn lepas sy dapatkan rawatan di klinik pakar sakit puan O&G HTAR...dan sy dirujuk ke klinik pakar ENDO mulai Disember thn lepas...

saya sakit ape? hehe alhamdulillah setakat ni xde la sakit yg kronik...cuma sebagai langkah berjaga-jaga disebabkan sy ni seorang yang tembam lagi montel...lg1 sebab, sy sedang berusaha utk hamil...itu sebab yg utama...jadi, doakan agar usaha saya berjaya ye!!


Selasa, 10 Januari 2012

“Dinda hanya ingin dibangkitkan sebagai isterimu…”

SAUDAH BINTI ZAM’AH R.HA.
“Dinda hanya ingin dibangkitkan sebagai isterimu…”

Saudah binti Zam’ah, beliaulah insan yang menemani Rasulullah SAW di kamar selepas pemergian kekasih Baginda, Khadijah al-Khuwailid. Meskipun kedudukan dan ketinggian Khadijah di hati Nabi tak mampu ditandingi oleh sesiapapun, namun Saudah ternyata bertuah kerana menjadi salah seorang wanita pilihan Allah SWT untuk meneguk langsung cinta Nabi.

Beliau digambarkan seorang wanita yang tua, uzur dan gemuk ketika menjadi isteri Nabi. Namun, seunggul, sejelita dan seindah manapun wanita pada zaman ini tetap tak akan mampu menandingi walau secebis kemuliaan Saudah sebagai isteri Nabi. Bukankah jelas pernikahan Rasulullah ini kerana kepentingan agama, bukannya nafsu?!

Mari Berkenalan

Saudah binti Zam’ah bin Qais bin Abdu Syams bin Abdud berasal daripada suku Quraisy al-Amiriyah. Puteri kepada wanita bernama Syumush binti Qais bin Zaid bin Amr daripada Bani Najjar.
Pernah bersuamikan Sakran bin Amr, saudara Suhail bin Amr al-Amiri.

Golongan Paling Awal Menyahut Panggilan Fitrah

Ajaran Islam yang cocok dengan kesucian fitrah, kemuliaan akhlak dan kebersihan hati tidak teragak-agak untuk diterima oleh mereka yang memiliki kualiti hati yang istimewa. Golongan yang awal memeluk Islam dimuliakan Allah dengan gelaran as-saabiquunal awwalun. Firman Allah SWT yang bermaksud:
“orang-orang yang awal (masuk Islam) di antara Muhajirin dan Ansar dan orang-orang yang mengikuti mereka dengan baik, Allah reda dengan mereka dan merekapun reda kepada Allah. Allah menyediakan bagi mereka syurga-syurga yang mengalir sungai-sungai di dalamnya. Mereka kekal di dalamnya selama-lamanya. Itulah kemenangan yang besar.” (At-Taubah: 100).
Salah seorang daripada mereka ialah suami Saudah, Sakran bin Amr. Iman yang meresapi segenap jiwanya terasa indah. Beliau lantas memimpin isteri tercinta, Saudah binti Zam’ah untuk sama-sama hidup di bawah kemuliaan tauhid.

Menyaksikan Suami Disiksa

Pengaruh Islam semakin tersebar di Makkah. Ajaran Muhamad semakin berkesan di hati. Mengamuklah orang-orang kafir Quraisy. Golongan miskin dan lemah diseret dan disiksa tanpa belas kasihan.
Mengalir air mata Saudah tatkala melihat suaminya Sakran disentap, dipukul dan dibiarkan kelaparan dan kehausan. Namun begitu, imannya tidak goyah. Dia tetap teguh ingin bersama agama Muhammad SAW.
Seperit mana kesedihan Saudah, perit lagi kesedihan Rasulullah SAW tatkala melihat umat yang dicintai menerima penyiksaan sezalim itu. Ketika itu baginda dilindungi oleh pengaruh bapa saudaranya, Abu Talib dan isterinya yang bangsawan, Khadijah. Islam yang masih dalam fasa kelemahan ketika itu tidak memampukan baginda untuk bangkit membela mereka yang teraniaya.
Rasulullah SAW akhirnya menyuruh sahabat-sahabat yang teraniaya agar berpindah ke Habsyah dan minta perlindungan daripada Raja Najasyi sehinggalah Allah membebaskan mereka semua daripada penderitaan ini. Saudah dan suaminya menyahut Sarranan ini. Mereka berlindung di Habsyah dan meniti hari yang tenang di bawah naungan iman.
Setenang manapun berada di tempat orang, tetap tak seindah berada di tanah air sendiri, tanah kelahiran seorang Nabi. Begitulah yang dirasakan oleh orang-orang Islam di Habsyah. Mereka kembali ke Makkah pada saat dakwah Islam masih hebat ditentang.
Penderitaan Saudah tak tertanggung lagi apabila suaminya dipanggil pulang menemui Ilahi. Sakran meninggal dunia di Makkah. Saudah memujuk diri bahawa kasih sayang Allah lebih besar berbanding kasih sayang suami terhadapnya. Wujudkah pengganti yang lebih baik untuk menempati tempat Sakran di hati? Saudah bingung sendiri.

Dilamar Lelaki Terbaik di Dunia

Saudah masih berendam air mata kerana ditinggalkan suami. Rasulullah SAW ketika itu juga dalam kesedihan kerana ditinggalkan isteri, Khadijah al-Khuwailid. Saudah mengetahui tingginya kedudukan Khadijah buat Nabi di dunia dan di akhirat.
Setelah pemergian Khadijah, tiada sahabat yang berani mencalonkan sesiapa untuk Rasulullah kerana mereka percaya tiada wanita sebaik Khadijah yang layak menemani Nabi. Hadirlah seorang sahabat wanita bernama Khaulah binti Hakim untuk menyenangkan hati Nabi dengan berbicara soal pernikahan.
Berkata Khaulah binti Hakim bin Al-Auqash, isteri Uthman bin Mazh’un,
“Wahai Rasulullah, tak nak kahwin lagi ke?”
Rasulullah bertanya semula,
“Dengan siapa?”
“Terpulanglah. Ada gadis dan ada janda,” jawab Khaulah.
“Jika gadis, siapa orangnya?” Tanya Rasulullah.
“Puteri orang yang paling engkau cintai, Aisyah binti Abu Bakr,” jawab Khaulah. Rasulullah teringat akan mimpi-mimpinya yang dibawa oleh Jibril tentang gadis di balik selendang sutera iaitu Aisyah. Namun, Aisyah masih lagi seorang anak kecil ketika itu. Apapun, Aisyahlah gadis pertama yang hadir dalam impian Rasulullah selepas kewafatan Khadijah kerana diilhamkan sendiri oleh Allah SWT. Tidak hairanlah cinta baginda kepada Aisyah amat menebal. Yang pertama selalunya istimewa! Apatah lagi jika yang pertama itu beragama.
“Jika janda, siapa orangnya?” Tanya Rasulullah lagi.
“Saudah binti Zam’ah. Dia telah beriman kepadamu dan mengikut ajaran agamamu,” jawab Khaulah. Rasulullah dapat menyelami betapa deritanya Saudah dikelilingi tekanan yang menyesakkan iman dan diuji pula dengan kematian suami. Rasulullah sangat simpati kepadanya. Ada keserasian dalam bentuk ujian, masing-masing ditinggalkan pendamping tercinta.
“Kalau begitu, pergilah dan sampaikan pinanganku kepada mereka berdua,” kata Rasulullah SAW. (Al-Haitsami berkata dalam kitab Majma’uz Zawaaid, no. 15285, “Hadis ini diriwayatkan oleh At-Thabrani. Para perawinya adalah perawi kitab As-Sahih, kecuali Muhammad bin Amr bin Alqamah. Ia dinyatakan hasanul hadis.”)
Dalam riwayat Ahmad, dinyatakan bahawa Khaulah segera menemui Saudah dan ayahnya, Zam’ah. Ketika itu, Zam’ah sudah lanjut usia dan tidak dapat lagi menunaikan haji. Khaulah berkias,
“Kebaikan dan kebahagian seperti apakah ini yang telah Allah anugerahkan kepada kalian?”
Saudah berkerut kehairanan,
“Apa maksudmu?” Tanya Saudah.
Khaulah lantas menyampaikan berita gembira,
“Rasulullah SAW mengirimku untuk menemuimu dan menyampaikan lamarannya kepadamu.”
Hati Saudah berbunga-bunga lantas tumpahlah air mata keharuan. Tidak pernah terbayang baginya untuk mendapat kemuliaan sedemikian rupa. Ketika usianya sudah agak lanjut dan mempunyai susuk badan yang gemuk dan tidak menarik, masih ada yang sudi menyuntingnya. Apatah lagi lelaki itu ialah lelaki paling agung di muka bumi. Sudah tentu lelaki bernama Muhammad bin Abdullah jauh lebih mulia berbanding Sakran.
Saudah lantas menerima walaupun sedar Rasulullah melamarnya semata-mata atas dasar kasihan. Setelah menerima restu ayah, datanglah Rasulullah kepada Saudah, melangsungkan akad nikah dengan mahar berjumlah 400 dirham. (Rujuk Majma’uz Zawaid, no. 15786).

Cara Saudah Mengikat Hati Suami Terhadapnya

Saudah menjadi wanita pertama yang dinikahi oleh Rasulullah SAW setelah kewafatan Khadijah. Beliau menjadi satu-satunya isteri yang menemani hidup Nabi selama tiga tahun sebelum hadirnya Aisyah. Di saat kita pada hari ini berangan-angan ingin bermimpikan Rasulullah, Saudah dapat tidur di sisi Nabi dan berbincang-bincang dengannya. Bukankah Saudah sangat bertuah?
Meskipun Saudah sedar siapalah dirinya berbanding Khadijah namun beliau sentiasa berusaha keras menjadi isteri yang terbaik buat Nabi. Beliau menceritakan saat-saat getir menghadapi tekanan-tekanan kaum musyrikin sehingga memancing simpati Nabi terhadapnya.
Beliau juga menceritakan hari-hari yang dilalui oleh puteri baginda Ruqayyah bersama suaminya, Utsman bin Affan selama tinggal di Habsyah. Ketika itu Ruqayyah dan Ustman masih menetap di Habsyah dan Rasulullah amat rindu kepada mereka. Saudah sedar Rasulullah amat senang mendengar berita tentang puterinya yang tersayang membuatkan Saudah rajin bercerita tentangnya.

Hijrah Kedua

Kekejaman musyrikin di Madinah memaksa orang-orang Islam berhijrah ke Madinah dengan izin Allah SWT. Setelah sebahagian besar sahabat berhijrah ke Madinah, Rasulullah menyusul hijrah mereka. Kemudian baginda mengutuskan Zaid bersama pelayannya, Abu Rafi’ untuk menjemput wanita-wanita kesayangan Nabi ikut berhijrah. Bersama dua ekor unta dan wang 500 dirham, mereka menjemput Fatimah, Ummu Kulthum, Saudah binti Zam’ah, Ummu Aiman dan Usamah bin Zaid. (At-Tabaqaat, Ibnu Saad, vol.1, hlm. 237-238).
Saudah menetap di Madinah bersama Nabi SAW. Beliau reda apabila tak lama kemudian Rasulullah membina rumah tangga dengan Aisyah r.ha. Beliau tahu ianya kehendak Allah untuk kebaikan umat Islam sejagat. Aisyah menyukai Saudah sehingga terdapat banyak kisah menarik antara mereka berdua.

Mengutamakan Aisyah Demi Merebut Simpati Nabi

Saudah sedar, psikologi Aisyah yang masih muda sudah tentu lebih memerlukan cinta dan kasih suami. Saudah juga tahu Aisyah adalah isteri yang paling dicintai Nabi setelah Khadijah. Demi menyenangkan hati Nabi, beliau dengan setulus hati sanggup menghadiahkan hari gilirannya kepada Aisyah. Lagipun beliau sudah semakin tua dan uzur.
Rasulullah SAW pernah berniat menceraikan Saudah kerana berlaku adil amatlah payah. Perlukan kerja keras. Namun Saudah takut tidak terpilih menjadi isteri Nabi di akhirat maka beliaupun merayu,
“Biarkan dinda terus menjadi isterimu. Demi Allah! Dinda tidak akan menuntut sebagaimana isteri-isterimu yang lain. Namun dinda ingin dibangkitkan Allah menjadi isterimu kelak di hari kiamat.”
Saudah menawarkan lagi bagi menyenangkan hati Rasulullah,
“Wahai Rasulullah, dinda hendak memberikan hari giliran dinda kepada Aisyah.”
Rasulullah lantas menerimanya.
Aisyah menyanjungi Saudah. Beliau berkata,
“Aku tidak pernah menemui seorang wanita yang lebih kusukai jika diriku menjadi sepertinya selain Saudah binti Zam’ah. Seorang wanita yang kekuatan jiwanya luar biasa.”
Malah, Aisyah begitu cemburu dengan kesegeraan Saudah dalam melakukan kebaikan dan ketaatan kepada Allah. Malah Saudah sentiasa berusaha menunjukkan ketaatannya kepada Allah dan Rasulullah. Selain itu, Saudah sangat dermawan dan murah hati.

Kenangan Terindah

Pertanyaan Saudah kepada Rasulullah SAW pada suatu hari pernah mendapat jawapan daripada tujuh petala langit. Ia berkenaan tentang isteri Rasulullah ingin keluar rumah selama ada keperluan. Hal ini meninggalkan kenangan terindah buatnya. Masakan tidak, Allah menurunkan wahyu untuk merungkaikan masalah yang sama hingga hari kiamat.
Aisyah r.a menuturkan, “Saudah binti Zam’ah pernah keluar rumah pada malam hari. Umar melihatnya dan segera mengenalnya, maka ia berkata, “Demi Allah! Kau pasti Saudah. Kami sudah mengenalmu.” Saudah merasa tidak sedap hati sehingga dia segera menemui Rasulullah SAW yang saat itu sedang makan malam di rumahku dan tangannya sedang memegang tulang yang nyaris habis dagingnya. Tidak lama kemudian, Allah menurunkan wahyu yang membenarkan tindakan Saudah. Rasulullah SAW berkata, “Allah telah mengizinkan kalian keluar rumah selama ada keperluan.” (Muttafaqun Alaih).
Alhamdulillah, dengan keringanan ini, maka kita semua para wanita dapat keluar rumah dengan adanya keperluan seperti berkerjaya, menuntut ilmu, membeli keperluan rumah dan sebagainya.
Di akhir masa pemerintahan Umar RA, bonda kita Saudah menutup mata untuk selamanya.

Yahoo Messenger