ku bahagia

ku bahagia

Selasa, 27 Disember 2011

Tercapai Hajat Nak Masuk Aquaria

Obor-obor


en. Hubby kata 'kan best kalau kita leh bawak balik ikan nih'





Apa tengok2?


en. Hubby bersama ikan2 besar


Nak tau tak sejak bila saya teringin sgt nak masuk Aquaria? hehehe...sejak sy study kat UKM lg..tapi langsung xde semangat nak pegi walaupun beratus kali pegi jalan kat KLCC....

Selama ni pada tanggapan saya kalau saya bawa anak2 sendiri atau anak2 murid masuk Aquaria mesti lagi seronok sebab biasanya budak2 yg lebih teruja tgk haiwan yg jarang mereka lihat...rupanya tanggapan saya ni salah...

Lepas balik dari meeting pertama di skolah, en. Hubby ajak saya ke Aquaria...mulanya saya bgtau dia tunggu dulu sebab xbest kalau pergi xbawa budak2...tapi en. Hubby saya kata kalau nak tunggu anak sendiri alamatnya Aquaria tu sempat tutup terus...nanti kempunan nak masuk...hehe

Jadi dengan muka yg sangat teruja, kami pun masuk Aquaria...bila dapat tgk pemandangan yg sangat menakjubkan....rasa macam xnak balik...nak dok bersila je depan akuarium besar tu...

Yang pasti saya sgt teruja n sangat seronok...xbawa budak pun xpa hehe...tengkiu ye en. Hubby sebab bawa saya jenjalan


Jenjalan di Port Dickson sambil tgk Tattoo




burung hantu yg kontrol hensem











Kawat senyap Navy


Pancaragam ATM


Sy n en. Hubby yg poyo


Along, angah n adik yg sgt teruja dapat mandi air laut...


Bendera 10 Briget PARA para sakura hehehe...


Sabtu, 17 DIsember 2011 - Dua hari selepas selesai kenduri doa selamat di rumah...sy, en. Hubby bersama emak, abah dan family cik ijoi pergi ke PD...tujuan utama kami nak tgk persembahan Tattoo tentera darat yg akan diadakan di PUSASDAR, PD.

Kami sewa homestay yg agak baik keadaannya tapi agak jauh dari pantai...maklumlah, last minit tempah homestay mmg la payah nak dapat yg dekat ngn pantai...namun, walaupun agak jauh, kami tetap pegi gak ke Pantai Teluk Kemang utk bermandi-manda dan naik banana boat..punya la takut masa banana boat tu melambung2 kat tengah laut...tapi puas ati sebab seronok..terima kasih kpd en. Hubby yg paksa sy naik hehe...

Pada sebelah mlmnya, kami sampai ke PUSASDAR agak lambat...jd terpaksa parking kereta agak jauh dan kami xdapat tempat duduk...hanya emak je yg duduk sebab keadaan emak yg bertongkat...walaupun kami berdiri dari awal persembahan sampai habis, namun hati kami seronok n kami wat keputusan utk tgk lagi persembahan tattoo nih utk mlm terakhir sebab persembahan malam terakhir lebih menarik...ada persembahan dari komando..

Ahad 18 Disember 2011 - Setelah sarapan, kami pergi lagi ke pantai Teluk Kemang...hehe...xpuas mandi laut..Sebelah petangnya, setelah kami pulangkan kunci homstay, kami pergi melawat pameran ATM kat tapak pameran di tepi pantai..puas amik gambar kat situ...

Sebelah mlmnya, sekali lagi kami tgk persembahan tattoo yg best tu...kali ni kami dapat tempat duduk sebab kami tiba lebih awal...pas abis persembahan, kami bergerak balik ke K.L semula...

Episod 3 - Kenduri kesyukuran sempena Annivasary




en.Hubby membungkus makanan utk kawan yg dah balik awal


wajah gembira


org kuat sedang bergosip



Alhamdulillah, 15 Disember 2011 yg lepas sy dan en. Hubby dapat mengadakan majlis kesyukuran sempena menyambut Annivasary kami..sebenarnya ini hajat en. Hubby..dia kata kalau dia ada rezeki lebih, dia nak buat kenduri kesyukuran..

Terima kasih yg xterhingga diucapkan kepada cik ijoi sekeluarga terutamanya buat cik ina yg sudi membantu sy menyediakan juadah utk kenduri tersebut...kami xjemput ramai pun.. jiran2, saudara mara n kawan2 en. Hubby sebab kami tinggal dalam kem...

Moga Allah panjangkan jodoh sy dan en. Hubby hingga ke akhir hayat kami...moga Allah berikan kami kesihatan yg baik, rezeki yg diberkati, dan zuriat yg soleh dan solehah agar nanti pahala kami berterusan walaupun kami dah xda..sekarang ni kami xda zuriat lagi...jadi, andai kami xda, kami xda anak yg soleh dan solehah utk doakan kesejahteraan kami di alam sana...Namun, andai ketentuan Allah xda rezeki kami utk mempunyai zuriat, kami tetap redha...hidup harus diteruskan...lgpun nabi tak kata pun org yg xdak zuriat xboleh bahagia..kerana bahagia itu terletak pada diri kita utk merealisasikannya


Rangkuman cerita episod 2 - Genting yg sejuk








Kononnya, en. Hubby merancang utk tidur kat genting....tapi perancangan ni dibuat last minit...en. Hubby kata nak sambut annivasary kat genting tahun nih..jadi, kami pun redah je la ke genting petang 11 Disember 2011..

Sampai di Genting, cuaca agak berkabus, jalan yg sesak...org yg terlalu ramai dan hotel semuanya penuh..hehe...tu la...xbuat perancangn awal...ni la jadinya...

so, kami ronda2 je, amik gambar pastu balik...

Rangkuman cerita

Kejap je masa berlalu...pejam, celik dah nak ujung tahun 2011...sepanjang tahun ni banyak perkara dan peristiwa suka duka yg ditempuhi menguji kesabaran dan ketabahan hati menempuhi kehidupan..

ok...kita mulakan ngn crita di awal cuti persekolahan ye...oleh kerana en. Hubby sy mendapat cuti yang sama ngn sy pada bulan disember ni, jadi kami merancang untuk memenuhkan cuti kami ngn aktiviti yg selama ni kami xdapat nak buat...maklumlah...sy cuti ikut takwim sekolah...en. Hubby lak agak susah nak cuti panjang..bila dah ada peluang ni, kami xnak lepaskan begitu saja...


CERITA 1 - jalan2 ke Sg. Petani (kenduri kawen anak mak lang eton)


ni la pengantinnya





Awal cuti persekolahan, kami ke Sg Petani, rumah sepupu emak sebab mak lang buat kenduri walimah anak sulungnya...lama dah xgi Sg Petani nih...dulu masa blaja kat perlis selalu la gi...


Selasa, 16 Ogos 2011

Stiker Baru Mr. LC 135




Balik dari skolah, en. hubby bagitau yg dia beli stiker baru utk mr. LC135...stiker asalnye dah ditanggalkan oleh budak2 yg lepak dekat mr. LC135 di garaj motor.

jd, sambil tengok 'Ramadhan Terakhir' tadi, en. Hubby pon membuat make over pada body mr. LC135 tu...lihat je la hasilnye

Khamis, 11 Ogos 2011

melepaskan 'JUARA' ke Selat Melaka




lokasi....Pangkalan Balak, Melaka
Aktiviti....melepaskan penyu angkat yg diberi nama JUARA ke Selat Melaka

Pengalaman yg best...xrancang pun nak tidur di melaka pada awalnya..tapi disebabkan saya n en. hubby tiba di Melaka agak lewat petang, jd kami terus rancang nak cari resort yg murah dan selesa utk bermalam..

Kebetulan resort yg dipilih terletak bersebelahan dengan tempat penetasan penyu dan kami dijemput oleh petugas di resort utk aktiviti lewat petang..melepaskan penyu di pantai..sy n en. hubby sgt teruja sbb ni first time dapat pegang anak penyu..setiap penghuni resort diberikan seekor anak penyu utk dinamakan dan dilepaskan ke laut..

moga en. JUARA membesar bagaikan juara..

Rabu, 15 Jun 2011

Gerhana Bulan 16 Jun 2011


Sabda Rasulullah SAW; “Sesungguhnya matahari dan bulan merupakan dua tanda daripada tanda-tanda (kebesaran) Allah tidak berlaku gerhana pada kedua-duanya kerana kematiaan seseorang dan tidak pula kerana kelahirannya. Maka apabila kamu melihat perkara itu maka sembahyanglah dan berdoalah sehingga kembali terang(hilang gerhana) apa dengan kamu”. (HR Muslim)

Lafaz Niat Solat Sunat Gerhana Bulan

أُصَلِّى سُنَّةَ الخُسُوفِ رَكْعَتَينِ للهِ تَعَالَى

Ertinya : “Sahaja aku solat sunat gerhana bulan dua rakaat kerana Allah Taala.”

Dari Aisyah r.a. berkata: “Sesungguhnya Rasulullah SAW berdiri (di masjid) pada hari terjadi gerhana matahari, lalu Baginda mengadakan solat gerhana dan membaca bacaan yang panjang (seukur seratus ayat surah al-Baqarah), kemudian beliau mengangkat kepala dan mengucapkan Sami’ Allahhu Liman Hamidah, dan Baginda berdiri lalu membaca bacaan yang panjang, sedang bacaan (dalam berdiri yang kedua) ini sedikit berkurang daripada bacaan yang pertama, kemudian beliau ruku’ dengan ruku’ yang panjang, sedang ruku’ ini berkurang dari ruku’ pertama, kemudian Baginda sujud dengan sujud yang panjang (bertasbih seukur bacaan seratus ayat), kemudian Baginda bertindak sepadan demikian (rakaat pertama) itu pada rakaat yang akhir (kedua), Selanjutnya Baginda mengakhiri solatnya dengan salam, sedang gerhana matahari telah berakhir. Lalu Baginda berkhutbah kepada manusia: “Pada gerhana matahari dan bulan, sesungguhnya keduanya adalah dua tanda (kebesaran) di antara tanda-tanda kebesaran Allah. Keduanya tidaklah terjadi gerhana kerana kematian seseorang pula tidaklah kerana kehidupan seseorang. Maka apabila kalian melihat keduanya (gerhana) maka bersyukurlah kepada solat gerhana” (HR al-Bukhari)

Dari Abdullah bin Amr bin Al-Ash, beliau berkata: “Tatkala matahari gerhana pada masa Rasulullah SAW, maka diserukan : ‘as solatu jami`ah’. Lalu Rasulullah SAW melakukan dua kali ruku’ dalam satu rakaat. Kemudian berdiri lagi dan melakukan dua kali ruku’ dalam satu rakaat. Kemudian matahari kembali muncul. Aisyah berkata: “Aku sama sekali tidak pernah melakukan ruku’ ataupun sujud yang lebih lama daripada itu” (HR Muslim)

Secara ringkasnya seperti berikut:

Rakaat Pertama
1. Membaca surah al-Fatihah
2. Membaca mana-mana surah,yang terlebih afdhal surah ABaqarah
3. Ruku’
4. Iktidal
5. Ruku’
6. Iktidal
7.Sujud
8.Duduk antara 2 sujud
9.Sujud kembali
10.Berdiri ke rakaat kedua
Rakaat Kedua
1. Membaca surah al-Fatihah
2. Membaca surah
3. Ruku’
4. Iktidal

5. Ruku’
6. Iktidal
7. Sujud
8. Duduk antara 2 sujud
9. Sujud kembali
10.Membaca tasyahud akhir
11.Memberi salam



-Tiada iqamah tapi cukup sekadar ucapan : ( الصِّلاَةُ جَامِعَةً )
-Mana-mana surah hendaklan mengikut susunan surah dari Al-Quran
-Sunat menyaringkan suara pada bacaan Fatihah dan surah ketika solat sunat gerhana bulan dan perlahan ketika solat sunat gerhana matahari.
-Disunatkan mandi untuk solat gerhana, seperti hendak solat Jumaat.
Dari Aisyah r.a. berkata: Selanjutnya beliau mengakhiri solatnya dengan salam, sedang gerhana matahari telah berakhir. Lalu Baginda berkhutbah kepada manusia: “Pada gerhana matahari dan bulan, sesungguhnya keduanya adalah dua tanda (kebesaran) di antara tanda-tanda kebesaran Allah. Keduanya tidaklah terjadi gerhana kerana kematian seseorang pula tidaklah kerana kehidupan seseorang. Maka apabila kalian melihat keduanya (gerhana) maka bertandanglah kepada solat gerhana." (HR al-Bukhari)

Ahad, 5 Jun 2011

---->FaNCY CooKieS<----

Cookies yg dh siap packing

Bentuk orang

Imej yg menarik



Fancy cookies ni pelbagai bentuk dan saiz...dibungkus dalam plastik lutsinar...sesuai utk door gift majlis perkahwinan, birthday party atau pemberian pada anak murid..

saiz:
1 inci
2 inci
4 inci

bentuk:
love
orang
donat
lolipop

utk tempahan..019-2279812

Muffin





Sume ni muffin hasil tempahan yg dah diterima...
oreo, pandan, strawbery n coklat



layan je la gambar yek..

Brownies


Bahan-bahan :
100g butter
100g coklat masakan
3 biji telur
1 sudu kecil vanilla essence
1 cwn gula
2 cwn tepung gandum
1/3 cwn serbuk koko
1 cwn your choice of nuts (peanut/almond/pecan/walnut/pistachio/gajus/apa2 je)

Cara-cara :
1. Sediakan double boiler. Cairkan butter + coklat masakan guna double boiler.
2. Masukkan gula dan kacau sampai gula larut.
3. Angkat bekas dari boiler. Masukkan telur 1 demi 1, kacau sebati setiap kali telur dimasukkan.
4. Masuk vanilla. Masuk tepung + koko.
5. Masuk kacang. Tuang dalam bekas pembakar.
6. Bakar dalam oven 180 degC, 30 minit.
7. Siap, potong 4 segi.

Notes :
* Guna bekas yg agak2 bila tuang tu adunan jadi tak tebal sgt.
* kalau guna guna brown sugar lg elok- less sweet, less calories.
*sy xletak nut tp sy tambah coklat chips sikit

Jumaat, 3 Jun 2011

Ayam Kung Fu Fa



Arini try lauk Ayam Kung Fu Fa plak..masa masuk hospital aritu, abah belikan lauk ni kat restoran cina muslim di andalas klang...sedap...jd, ape lg...sila lihat resepinya di bawah yek..

Bahan-Bahan:

½ ekor ayam
2 inci halia - seelok-eloknya halia muda
2 ulas bawang putih ( di hiris bulat)
1 biji bawang besar ( di hiris bulat)
8 tangkai cili kering ( di potong 2 inci)
sos tiram

Kicap

Sedikit daun bawang
Sedikit garam
Sedikit minyak
Sedikit air
Sedikit tepung jagung (bancuh dgn sedikit air)

Cara:

Ayam di potong kecil-kecil (tapi sy xpotong kecil...nanti berebut dgn En. Hubby) Basuh bersih ayam tersebut dan lumurkan sedikit sahaja garam.

Panaskan minyak dan goreng ayam tersebut selama 10 minit (agak-agak masak). Kemudian tumiskan bawang besar, halia dan bawang putih (dengan minyak yg sedikit).

Bila agak garing masukkan ayam tadi bersama-sama kicap, sos tiram dan cili kering. Kacau dengan api yang perlahan.

Masukkan garam (agak-agak kerana sos tiram dan ayam tersebut telah masin) dan bancuhan tepung jagung tadi.

Bolehlah di angkat dan taburkan daun bawang tadi.

Selamat mencuba hehe..

Khamis, 2 Jun 2011

bergedil roti


Bahan2

10 keping roti (direndam dgn air masak hingga kembang)

2 biji telur di pukul dengan sedikit garam

Bahan A (dimayang halus)
-1 biji bawang besar
-2 ulas bawang putih
-1 tangkai cili masak
-daun sup
-daun bawang

Bahan B
-Daging / Ayam yg dikisar
-garam secukup rasa
-minyak masak


Cara:

Mayang bahan A. gaul semua bahan A dan B sehingga rata. masukkan roti yang telah kembang satu demi satu ke dalam adunan dan ramas. masukkan secubit garam.

apabila adunan telah boleh di bentuk, kepalkan adunan seperti ikut saiz yg di ingini. panaskan minyak di kuali.

Salut adunan dengan telur tadi dan goreng sehingga masak.

Cadangan Hidangan:

sedap di makan dengan nasi atau begitu sahaja.

Tambahan:

pastikan begedil di balikkan selalu semasa memasak. masak dengan api yang sederhana.

Yahoo Messenger