ku bahagia

ku bahagia

Jumaat, 3 Jun 2011

Ayam Kung Fu Fa



Arini try lauk Ayam Kung Fu Fa plak..masa masuk hospital aritu, abah belikan lauk ni kat restoran cina muslim di andalas klang...sedap...jd, ape lg...sila lihat resepinya di bawah yek..

Bahan-Bahan:

½ ekor ayam
2 inci halia - seelok-eloknya halia muda
2 ulas bawang putih ( di hiris bulat)
1 biji bawang besar ( di hiris bulat)
8 tangkai cili kering ( di potong 2 inci)
sos tiram

Kicap

Sedikit daun bawang
Sedikit garam
Sedikit minyak
Sedikit air
Sedikit tepung jagung (bancuh dgn sedikit air)

Cara:

Ayam di potong kecil-kecil (tapi sy xpotong kecil...nanti berebut dgn En. Hubby) Basuh bersih ayam tersebut dan lumurkan sedikit sahaja garam.

Panaskan minyak dan goreng ayam tersebut selama 10 minit (agak-agak masak). Kemudian tumiskan bawang besar, halia dan bawang putih (dengan minyak yg sedikit).

Bila agak garing masukkan ayam tadi bersama-sama kicap, sos tiram dan cili kering. Kacau dengan api yang perlahan.

Masukkan garam (agak-agak kerana sos tiram dan ayam tersebut telah masin) dan bancuhan tepung jagung tadi.

Bolehlah di angkat dan taburkan daun bawang tadi.

Selamat mencuba hehe..

Tiada ulasan:

Yahoo Messenger