ku bahagia

ku bahagia

Ahad, 13 Disember 2009

SeLaMaT uLaNGTaHuN PeRKaHWiNaN SaYaNG

Dalam kalendar islam...18 Zulhijjah 1429
Dalam kalendar inggeris 12.12.2008

Kini Genap Setahun usia Perkahwinan Kami

Moga ALLAH mudahkan urusan harian kami...
Moga ALLAH berikan kami kesihatan yg baik...
Moga ALLAH murahkan rezeki dan berkati rezeki yg kami perolehi...
Moga ALLAH pelihara hubungan kasih sayang kami...
Moga ALLAH kurniakan kami zuriat yg soleh dan solehah...
PadaMu kami memohon Ya ALLAH..
PadaMu kami berserah..
Moga KAU makbulkan doa kami
AMIN..


rangkuman cerita

Wah...Wah...Wah...lama betul aku menulis kat blog nih...dekat 2bulan...cukup hanya menjadi pengikut setia blog rakan2..maklum la sebelum cuti skolah bz nak tanda kertas peksa..masuk markah..sukan sekolah dan hari kecemerlangan pelajar ditambah pulak laptop aku masuk hospital...Alhamdulillah segalanya berjalan dengan baik..maka, aku dan en. iskandar pulang ke kuala selangor kerana cuti sekolah pun bermula..

Minggu pertama cuti sekolah,
aku berulang alik ke Jabatan Pelajaran Selangor..puncanya, aku menghubungi pegawai j-QAF di jabatan utk mengetahui perkembangan permohonan pertukaran sekolah yg aku buat pada 26 oktober yg lalu. Beliau minta aku datang ke Jabatan utk bertemu dengannya. tapi xde sebarang keputusan dan aku diminta utk memohon semula tahun depan..hanya ALLAH je yg tau betapa sedihnya hati aku nih...
esoknye, pegawai tu call ke sekolah dan minta aku datang semula ke Jabatan..jadi aku datang semula ke jabatan pada hari rabu. Alhamdulillah..berkat doa aku dan suami, harapan kami utk hidup sebumbung seperti pasangan suami isteri yg lain menjadi kenyataan..Terima Kasih Ya ALLAH kerana KAU mudahkan urusan kami..menurut surat pertukaran, aku diminta melaporkan diri di SK Taman Keramat 1 pada 1 Disember 2009. Aku menyambut Hari Raya Aidil Adha dengan penuh rasa syukur kerana kesabaran aku dan suami selama setahun berbaloi..

Minggu kedua cuti sekolah,
keluarga mertua akan berpindah ke bota, perak. jadi, hari isnin aku ikut en. iskandar ke tempat kerja. kemudian en. iskandar mohon kerja separuh hari. Tengahari, kami bergegas balik ke Paroi utk bantu melicinkan proses pindah barang mak abah ke dalam lori. setelah selesai, kami bergegas pulang ke kuala selangor semula. eskonya, aku skali lagi ikut en. iskandar ke tempat kerja..kemudian aku ke SK Taman Keramat 1 utk proses lapor diri..setelah diberi taklimat oleh Pn. Zuraida, aku dan seorg lagi guru diminta berurusan dengan kerani sekolah..setelah selesai, aku balik umah nenek sementara menanti en. iskandar abis keja.
5 Dis 09..majlis sambut menantu.
oleh kerana angah dah nikah bulan 10 yg lepas, jadi mak buat majlis sambut menantu. sumer saudara mara, jiran n rakan taulan dijemput. Alhamdulillah, majlis berjalan dengan baik n cuaca pun baik

Minggu ke-3 cuti skolah,
minggu ni aku ikut en. iskandar ke tempat kerja. tapi aku ke rumah yg bakal kami duduki utk proses mengecat umah..mula2 sampai umah..rasa cam xnak duduk situ je..tau je la kuarters tentera..tapi lepas dicat dan dibaik pulih..umah tu nampak cam umah baru..kemudian, aku n en. iskandar balik ke banting utk packing barang..banyak juga barang kami selepas setahun nikah..

Minggu ke-4 cuti skolah,
arini, aku dok kat umah je atas permintaan en. iskandar..




Sabtu, 24 Oktober 2009

Selamat Pengantin Baru Angah n Muni

Ahli keluarga kami bertambah ramai...



ni la dia kak ngah


'Aku terima nikah Munirah binti Ismail dengan mas kahwin
RM8410.15 tunai'
Kami sebelum angah nikah


abang jadi pak andam tak terlatih hehehe...


23 september 2009 kami sekeluarga terdiri dari pada mak, abah, nenek, mal, angah aku, abang, acik aziz dan lokman berkonvoi ke Kelantan melalui grik-bukit bunga-rantau panjang dengan satu tujuan iaitu ingin menyaksikan pernikahan angah bersama gadis pilihannya(Ore Rantau Panje,klate)..perjalanan selama hampir 7 jam tersebut kurang memenatkan apabila kami dihidangkan dengan panorama hutaj dara Belum dan laluan berbukit bukau yg dilitupi hutan tropika...Subhanallah...indah sungguh ciptaanMU ya ALLAH..terasa betapa kerdilnya aku sebagai hambaMU ya ALLAH...

Kami tiba di Rantau panjang menjelang pukul 2ptg..di sana angah telah sediakan sebuah homestay yg sgt best buat kami...sebuah rumah mewah 2 tingkat...5 bilik 4 bilik air..hampir keseluruhan rumah tu mempunyai penghawa dingin..dan sewanya sangat murah...

24 september 2009 angah selamat diijabkabulkan dengan muni dengan sekali lafaz...hehehe angah mesti dah lama hafal punya..'Aku terima nikah Munirah binti Ismain dengan mas kahwin RM8410.15'

Selamat pengantin baru angah...Alhamdulillah, bertambah lagi ahli keluarga kami

Selasa, 29 September 2009

Hantaran Angah






ni la hantaran angah yg berjaya aku siapkan dengan bantuan mak dan acik bashah yg banyak memberi komen membina...temanya merah+putih+silver

Kalau ade yg berminat utk membuat tempahan bagi majlis pertunangan atau kawen pun buleh...sila hubungi saya utk sesi rundingan. hehehe

Isnin, 7 September 2009

18 Ramadhan 1430H

Lama betul tak mencoret di blog ni...sejak kebelakangan ni aku agak sibuk ngan urusan skolah dan keluarga..maklumlah angah nak nikah raya keempat nih..jadi, aku kena bantu apa yang patut..

Suatu ketika dulu...aku sering membayangkan bagaimana rasanya menjadi seorang isteri..memikul tanggungjawab sebagai menteri kewangan dalam keluarga..menjadi pengurus segala hal rumahtangga..menyediakan juadah utk sahur dan berbuka..kalau dulu emak yg akan kejutkan aku utk bersahur..semuanya dah siap terhidang di atas meja..

Kini...Alhamdulillah, aku tahu aku mampu lakukan tanggungjawab itu..kerana aku tahu, suamiku sentiasa menyokong dan mendorong aku menjadi isteri yg baik utk dirinya..walaupun banyak dugaan yang datang, akan kami tempuhi bersama dengan kesabaran..

Terima Kasih Ya ALLAH kerana KAU jodohkan aku dengan suamiku...Syukur pada Mu Ya ALLAH..peliharalah kasih sayang kami hingga akhir hayat kami..Amin

Ahad, 23 Ogos 2009

salam ramadhan

ahlan ya Ramadhan...

hadirmu memberi peluang kepada kami
merebut malam seribu bulan
padamu terdapat hari
berlakunya peristiwa Nuzul Al-Quran

Khamis, 2 Julai 2009

Selamat Pengantin Baru Zaidi n Isteri

En. Zaidi...si pengantin baru

kami pon pengantin baru gak...hehehehe..
bergambar bersama ahli konvoi


haa....ni la dia kawan abang yg wat majlis walimah kat sentul tu...hehehe..kami panggil dia 'ustaz' sebab dia 'okey la'

dari Kem Sungai Buloh, aku n abang bergerak ke Mindef dulu..tunggu kengkawan abang yg nak gi sama sebab abang tak tau jalan nak ke umah pengantin...kami konvoi tiga kereta ( Ubai n Isteri, aku n abang dan kereta ketiga adalah kereta geng bujang tapi aku cuma kenal sorang je...puchong..hehehe..yg lain xsempat taaruf pon)

kami sampai di rumah pengantin dalam kul 3..agak lewat sebab tunggu ubai n geng bujang siap..lambat sungguh..kami dah lapar gila time tu..sampai je kami terus dijemput ke pelamin utk bergambar dengan pengantin..kemudian baru la tiba sesi yg ditunggu2..makan time..sambil makan En. Pengantin pon melayan kami yg giat mengusik dia hehehe...nasib la ye ustaz...akhirnye hang kawen jugak..Pn. Pengantin telah masuk ke rumah utk aksi dan sesi possing maut

Buat ustaz n Isteri..moga sabar dan tabah mengharungi alam rumahtangga..moga dimudahkan oleh ALLAH segala perancangan dan urusan...AMIN

pilihanraya koperasi tentera





28 jun- aku n abang merancang untuk menghadiri kenduri walimah kawan abang (En. Zaidi) di Sentul. dalam perjalanan kami singgah di Kem Tentera Sungai Buloh kerana abang nak mengundi utk koperasi tentera..kami sampai di kem pun dah agak lewat..hampir kul 12. Mujur abang masih sempat utk mengundi dan abang menjadi orang terakhir yg mengundi pada hari tersebut..

Sebenarnye redah je sebab kami rasa cam xsempat..alhamdulillah sempat gak..sambil abang membuang undi, aku merayau la kat gerai2 yg tersedia..xmenarik sangat cam tahun lepas..Kalau tahun lepas..banyak barang yg di pamerkan tapi tahun nih banyak gerai makanan. Jadi, aku xde la beli ape pon..tengok2 je..

pas abang selesai mengundi, kami pon mengambil kesempatan mem'possing'kan diri dan kemudian meneruskan perjalanan ke Sentul

Rabu, 1 Julai 2009

besday abah



ari sabtu lepas aku, abang, mak mal n angah sambut besday abah...hehehe...aku. abang n mal kuar cumah curik-curik utk beli kek..pas beli kek kami lepas kat tesco kuala slangor..lama gila lepak sampai mak call banyak kali baru kami balik..

angah...dia balik lambat..gi beli barang persiapan kawen dia..jadi, kena tunggu dia sampai umah dulu baru leh open table..

selamat hari lahir abah

Rabu, 10 Jun 2009

kami dah pindah

Alhamdulillah...kami dah pindah ke rumah sewa yg baru..

hhmmm...semalam, dengan bersungguh-sungguhnya aku n abang bertungkus-lumus memindahkan barang2 kami ke rumah sewa yg baru...banyak juga barang2 tu..nampak cam sikit..
tinggal tilam besar n beberapa barang yg kami rasa boleh di KIV dulu kami tinggalkan..xangkut pakai lori...tapi pakai kereta hehehehe...berjasa sungguh keta tu...mesin basuh n peti ais pun muat dia angkut...nanti tilam besar pun abang kata nak angkut guna keta tu gak...aku xtau la camna dia nak wat..belum dia wat aku dah rasa nak gelak dulu hehehe..

sebenarnya sekarang nih umah aku nih bersepah sangat...tapi xdapat nak upload gambar lagi..aku pon pening nak mula kemas dari mana dulu...last2 aku dok bawah kipas, on laptop n tulis blog...hehehehe..

arini aku kena uruskan umah sensorang sebab abang dah start keja...sian kat dia bangun lewat..letih memindahkan barang semalam..

sayang..i love u..
abang nak pindah..skrg kita dah pindah
moga kita x hadapi lagi masalah yg kita hadapi kat umah lama..

ayu dah bertunang




pukul 4 pagi sabtu lepas (6.6.09) aku, abang, mak, abah n angah bersama acik n nenek berkonvoi dua kereta ke kangar..destinasi kami ialah rumah mak long yang terletak di taman ira, kangar. kami ke sana kerana ingin meraikan majlis pertunangan cik iznirahayu yg di adakan pada hari ahad (7.6.09).

Alhamdulillah..segala yg dirancang berjalan dengan baik...ayu telah selamat menjadi tunangan org..pasni xleh la nakal2 ye cik ayu..

hari isnin (8.6.09) kami bergerak pulang. dalam perjalanan pulang, kami singgah ke rumah mak lang eton di sg petani. kemudian, mak, abah n angah meneruskan perjalanan ke rantau panjang, kelantan...hehehe urusan walimah juga..moga Allah mudahkan urusan walimah angah..
aku, abang, acik n nenek pula meneruskan perjalanan pulang ke selangor.

pas antar acik n nenek, kami pulang ke kuala selangor. oleh kerana hari dah lewat malam, n abang pun dah agak letih memandu, jadi kami ambil keputusan utk tidur semalam di kuala selangor

Ahad, 24 Mei 2009

Admin Laman Rasmi j-QAF SK Kanchong Darat

Selamat Datang ke Laman Rasmi j-QAF SK Kanchong Darat, Banting.
baru je buat jap tadi...xsiap lagi sebab aku xcukup bahan nak dipaparkan dalam blog j-QAF SKKD ni..nanti pas cukup bahan, aku akan masukkan dalam blog..

http://lamanj-qafskkanchongdarat.blogspot.com

Jumaat, 22 Mei 2009

Perkembangan Staf SKKD

arini aku menghadiri kursus perkembangan staf skolah..
ada 3 slot utk pg nih..mula2 slot utk memperkenalkan EDUWEBTV kementerian pelajaran..
slot kedua lak utk memperkenalkan format standart email utk skolah dan slot ketiga lupa la plak..
sebenarnya ilmu nih aku dah tau tapi aku xkisah...tambah ilmu yg aku xtau dan mantapkan ilmu yg mmg aku dah tau..

Rabu, 20 Mei 2009

SaMBuTaN HaRi GuRu KaT SeKoLaH






18 mei- kul 7.40 pagi semua warga SKKD berkumpul kat dataran skolah..hari ni akan diadakan sambutan hari guru peringkat skolah..

Acara dimulakan dengan ucapan..babak yg paling buhsan!!
pastu semua guru diminta membaca ikrar guru..kemudian menyanyikan lagu tema hari guru tahun nih..lagunya best..cam lagu nasyid lak hehehe..

pastu acara potong kek dan acara yg paling best adalah acara persembahan guru..kalau selalunya murid yg wat persembahan, tapi hari ni guru yang menghiburkan murid hehehe...

hhmm...hadiah..boleh tahan la banyaknye..penuh beg aku..tapi bukan itu yg aku harapkan..cukup lah sekadar murid2 aku menjadi murid yang mengamalkan ilmu yang mereka pelajari..aku mengharapkan murid2 aku menjadi murid yang ikhlas hatinya menerima ilmu yg aku dan rakan2 guru ingin sampaikan..aku berharap anak2 didikku menguasai bacaan IQRA' dan lancar bacaan AL-QURAN...Moga ALLA mudahkan mereka..
tapi ada satu hadiah yg paling menyentuh prasaan aku...sekeping kad yg dihadiahkan oleh anak murid tahun 3 yg selalu kena marah ngan aku tahun lepas..budak nih bukan nakal tapi dia suka menjerit..suaranya nyaring dan bila dia mahu perhatian aku, pasti dia akan menjerit nama aku..bingit betul telinga aku bila dengar dia menjerit...sebab tu dia kena marah..namanya NUR LIYANA ATHIRAH..tapi tahun nih dia dah banyak berubah..dah tak menjerit lagi..dan dah semakin sopan sebagai seorang gadis yang sedang membesar..

Ahad, 17 Mei 2009

Alamanda....Aku datang!!!







pada perancangan asalnya, aku ngan abang rancang nak lepak je kat umah pada hari guru nih..tapi, disebabkan cuaca yang agak panas dan kami pun dah mcm udang kena panggang bila dok kat umah, aku ajak abang keluar. ye la..dah lama kena tinggal sorang n dah lama xkuar dating...mulanya nak gi jusco klang tapi boring la asyik gi sana je...

aku pun mencadangkan pada abang kami gi makan kat Alamanda, putrajaya..dengan rasa terujanya, kami pun bersiap dan abang dengan selesanya memandu ke putrajaya melalui dengkil sambil kami berbual..sampai kat alamanda, kami gi makan..maklum la, walaupun dah kul 5 masa tu tapi kami lom makan tengahari lagi sebab kenyang makan sarapan nasi goreng yang aku masak pagi tadi..tau kami makan kat mana? KENNY ROGERS ROASTERS...hehehe..abang blanja. abang pesan 2 set ayam black paper, mashroom sup, coke unlimited refield, ngan chocolate shake. hhmmm....sedap.

pas makan, kami gi beli tiket wayang.abang tringin nak tengok STAR TREK. tapi kali ni aku lak blanja abang..wayang start kul 9.30 malam. jadi kami gi kedai cenderahati jap sebab aku nak beli hadiah hari guru..sure akan ada majlis tukar hadiah cam tahun lepas punya..aku nak stand by la hadiah..

pas beli hadiah, kami gi solat maghrib lak..bukan main ramai lagi org..siap kena bratur lagi nak guna telekung..pas solat, sementara nak tunggu wayang mula, kami jenjalan dulu kat kedai kasut...sume kedai kasut kami masuk..nak cari kasut aku la..dah lama xtukar kasut keja..tapi pas penat ronda, aku xdapat pun kasut yg aku berkenan..yg aku suka, saiz dah abis stok...yg ada plak aku xmuat dan ada yg aku xberkenan..aku ni mmg cerewet bab pilih kasut!! jadi abang pon kata la kat aku 'kita cari kat tempat lain je la yang, wayang nak mula dah'..

9.30 malam, wayang mula...best cita tu..xrugi la tengok..aku mulanya nak tengok fireball..tapi masa nak beli tiket, aku n abang minta pendapat budak jual tiket..dia kata star trek best lagi..hehehe...nasib baik la dia sebab aku kata kat dia kalau xbest dia kena pulangkan duit aku balik...wayang abis kul 11.40 mlm..pas puas round cari keta yg kami dah lupa letak katne, kami pun bergerak pulang ke rumah..
terima kasih sayang sebab bawa ayang jenjalan...i love u so much...

Sabtu, 16 Mei 2009

SeLaMaT HaRi GuRu


16 Mei setiap tahun merupakan tarikh yang menjadi bualan hangat di sekolah..tiap kali tarikh tersebut bakal menjelma, pasti pelbagai rancangan yang diatur oleh pihak sekolah, KKGK dan PIBG skolah aku utk menyambut hari guru peringkat sekolah..

Tapi...thn ni 16 Mei adalah hari sabtu...arini orang cuti..jadi skolah aku akan mengadakan sambutan hari guru pada hari isnin nanti. hhhmmmm....arini aku terima banyak ucapan hari guru dari bonda, sepupu n kawan2.

Ahad, 10 Mei 2009

kena tinggal lagi... :(

abang ke sabah arini..jadi urusetia seminar di borneo paradise hotel..aku kena tinggal lagi..tapi xpe..sayang isteri kena tinggal2kan..
rindu sangat kat abang..eh, abang call..chau dulu ye..

Ahad, 3 Mei 2009

ALHAMDULILLAH

Terima kasih ALLAH kerana menjodohkan aku dengan suamiku..Terima kasih ALLAH atas rasa cinta dan kasih sayang yg kami bina berlandaskan cinta dan kasih sayang terhadap MU dan Rasulullah..Terima kasih ALLAH kerana mengurniakan kami rezeki utk kami menjalani kehidupan dengan baik..

Segala puji bagi MU Ya ALLAH..ALHAMDULILLAH

Rabu, 22 April 2009

Hero bola tampar






arini giliran pasukan bola tampar lelaki SKKD menyertai kejohanan bola tampar peringkat daerah.6 pasukan semuanya yg bertanding...tragis sungguh arini..budak2 tu xtahan kena marah ngan Bob. siap nangis2 lagi masa main..hehehe lucu pun ada tapi sian kat bebudak tu..cuaca arini panas sangat..xmacam semalam-mendung.

walau apa pun yg dikatakan oleh Bob..aku tetap pastikan emosi dan semangat bebudak tu xjatuh..akhirnya, mereka mendapat tempat ketiga sama cam pasukan perempuan semalam..

Selasa, 21 April 2009

SKKD POWER!!!





itu adalah sorakan semangat yg dilaungkan oleh anak2 didikku sewaktu mereka menyertai kejohanan bola tampar MSSD peringkat daerah Kuala Langat pagi tadi..kejohanan tu berlangsung selama 2ari..arini dan esok. arini utk peserta perempuan dan esok utk peserta lelaki..
bagi peserta perempuan, terdapat 4 pasukan yg menyertainya...Alhamdulillah SKKD mendapat tempat ketiga..hhmm..ok la tu, rasa berbaloi gak latih bebudak tu selama seminggu lebih..itu pun puas gak la aku ni diumpat dan dimarahi oleh guru lain..3org anak didik aku terpilih utk mewakili daerah Kuala Langat utk menyertai Kejohanan peringkat negeri.

esok, pertandingan utk pasukan lelaki pula..moga SKKD lebih POWER!! dan mampu merangkul johan daerah Kuala Langat

Jumaat, 17 April 2009

akhirnya...

akhirnya berlalu juga minggu yg membuatkan kepala otak aku nih tension sangat...minggu nih aku rasa teruk sangat..aku asyik kena marah kat skolah...mmg xpuas ati..aku xkisa org nak marah..tapi aku lebih slesa kalau org yg nak marah aku tu direct jumpa ngan aku, bgtau secara berhikmah yg dia xpuas ati ngan aku..ni x..aku pantang betol org main cakap blakang2 aku nih...kalau ikutkan mmg la bagus..tambah pahala aku..tapi aku rasa cam nak lempang je org tu..

lagi satu hal...abang kemalangan..risau betul aku tau...dah la xnak dengan cakap aku..dah tau ujan..bawak gak moto lelaju..dah bengkok moto baru tu..nasib baik bengkok..dibuatnya patah riuk..aku gak yg susah..Moga ALLAH jauhkan..

Ahad, 12 April 2009

lirik lagu yg ku terima dari suamiku....

hey wanita
gembira dapat berjumpa
teringat kembali kali pertama kita bersua
ingat bila kita bersepatu serupa
tak lama dahulu jangan kau kata kau dah lupa

kau bersama kawan-kawan muda yang nyata
kau paling menyerlah di antara mereka
rambut hitam warna cokelat anak mata
membuat aku kurang fasih bila berbicara

apa kata kita ambil sedikit masa
untuk mengenali sesama kita dengan selanjutnya
dan jika kau rasa apa yang ku rasa
ayuh kita ke bab kedua dan seterusnya

chantek...
dirimu buatku tertarik
menghilang segala prasangka
di jiwa
ohh..chantek
sungguh aku cinta kamu

dia...
pandai menjaga hati ayah dan ibunya
kelakuannya sama dengan orang tua ku juga
dia...
bisa cipta yang gula dari yang cuka
pandai menukar yang duka kepada suka
dia...bijak mengatur acara dan juga masa
cekap memasak garam gula secukup rasa
dia...
pandai menjaga harta dan juga duitnya
tetap anggun tanpa mendedahkan kulitnya
dia...setia pada Yang Esa satu-satunya
memenuhi tanggungjawab 5 waktunya
dia...
punya tempat dalam rancangan yang ku rangka
tak usah lengah
ayuh kita berumah tangga

chantek
sechantek suria menyinar
seindah bunga yang di taman...mekar
chantek...
dirimu buatku tertarik
menghilang segala prasangka di jiwa..
ohh..chantek
sungguh aku cinta kamu

aku
melihat kita bersama di hari tua
dia..
masih satu tiada empat tiga atau dua
dan walaupun kau sudah kepudaran rupa
kau tetap chantek padaku aku tak lupa
kita bersama di anjung luangkan masa
kewangan kita mampu bersara
hasil usaha kita dari masa dahulu
cukup untuk mengisi perut anak dan cucu
hidup santai tak perlu terburu-buru
punya masa kerja ibadah dan juga ilmu
anak kita dan ayahnya semua sebulu
aku bilang kau chantek dan mereka setuju

chantek
sechantek suria menyinar
seindah bunga yang di taman...mekar
chantek...
dirimu buatku tertarik
menghilang segala prasangka di jiwa..
ohh..chantek
sungguh aku cinta kamu

mak dah kuar dari hospital

maka aku kat skolah tadi mak call..mak bagitau yg dia dah leh kuar hospital..alhamdulillah lega rasanya..aku pesan kat mak supaya dia banyakkan berehat..

mak..along sayang sangat kat mak

Rabu, 8 April 2009

mak masuk hospital...

sedihnya aku...mak dimasukkan ke wad HTAR petang tadi sebab tekanan darah mak naik sejak semalam..mak cakap sejak semalam kepala dia sakit..bila doktor check, jantung n paru2 mak bengkak skit...banyak air. jadi malam ni doktor bagi mak rehat dan esok mak perlu ambil ubat utk buang air yg ada dalam paru2 n jantung dia..

sian kat mak...malam ni mak rehat ye..sok along ngan is datang lawat mak...along sayang mak mmuuaahh

Ahad, 5 April 2009

balik kejap...

aktiviti seharian aku n abang arini....
bangun pagi...setelah melakukan tanggungjawab setiap pagi, aku sambung tido tapi abang mulakan aktiviti memunggah barang dia utk dimasukkan ke dalam keta..nak bawa ke umah baru..

kul 8.30pg aku bangun n buat sarapan...pas sarapan, aku start memunggah barang n abang lak sambung tido..

kul 11pg, cik ita depan umah datang antar mee hailam 2 mangkuk...rajinnye cik ita n cik ros masak...aku yg bini org nih bukan main malas lagi hehehe....

kul 2ptg, abg bangun..dia start lapar. jadi aku panaskan mee tu n kami makan sesama..

tetiba...abang kata "kita balik kuala selangor amik cat nak?" tekejut aku..."biar betul yang...larat ke nak bawa keta ulang alik..sok nak keja" abang kata 'xpa..larat"

kiteorg pun apa lagi...terus siap n gerak balik ke kuala selangor..dalam perjalanan, ujan lebat n kilat sambung menyambung..aku suruh abang brenti tepi jalan tapi dia tak mau..jadi abang tetap meneruskan perjalanan dengan perasaan cuak...hahaha padan muka..

pas isyak jap lagi kiteorg akan gerak balik ke banting smula

Sabtu, 4 April 2009

jalan2

dah lama aku x gi UKM...arini aku dapat gak gi UKM...hehehe saja jenjalan..xrancang pon nak ke sana..mulanya nak gi putrajaya terus..tapi dah alang2 lalu, singgah je terus..kebetulan arini sabtu, jadi kami singgah la pasar malam fasa 1 bandar baru bangi..aku dapat cari tudung utk baju kurung baru aku n abang lak dapat tambah koleksi stoking itam dia yg asyik berkurang walaupon dah bli banyak..

yg menariknya...masa tengah jalan2 tu...jumpa 1 gerai jual durian...aku tau dah...abang mmg antu durian..ape lagi, kat situ gak dia suruh org yg jual tu bukak kulit durian...kiteorg makan durian kat tepi longkang..xsenonos betol..tapi durian dia mmg sedap

pas puas round pasar malam, kami gerak ke putrajaya-dataran putra. dah lama gak aku x datang kat tempat nih...kami gi tepi tasik sambil menikmati roti john yg kami bli kat pasar malam...bila dah kenyang...kami pon balik ke banting semula..

Ahad, 29 Mac 2009

kami dah nak pindah umah....




arini aku ngan abang bergotong-royong membersihkan rumah baru kami kat taman kemuning...umah tu umah teres lama...3bilik 1 bilik air...xkisah la sebab umah tu masih lagi dalam keadaan baik..cuma kami kena baik pulih serba skit trutamanya pintu depan dan blakang...ye la...abang kan selalu out station..tinggal aku sorg...takut gak aku nak terus guna pintu lama yg xbrapa kukuh tu...kena tendang comfirm tercabut...

cat dinding ruang tamu tu abang yg pilih...dia nak sangat warna purple...jadi aku pilih lak warna bilik...biru laut...

hhmm...harap pas pindah nanti kehidupan kami akan lebih baik dan selesa..




Yahoo Messenger