ku bahagia

ku bahagia

Selasa, 31 Januari 2012

SAMBUTAN MAULIDURRASUL 1433H

Tanggal 5 Februari 2012, bersamaan dengan 12 Rabiulawwal 1433 Hijrah merupakan tarikh ulang tahun keputeraan Rasulullah s.a.w yang mana pada tarikh inilah junjungan besar kita dilahirkan ke dunia.

Bersempena dengan tarikh ini juga, seperti kebiasaannya akan diadakan sambutan maulidur rasul PERINGKAT MASJID AL-ANSAR TAMAN KERAMAT dan pada kali ini ianya bakal bertemakan Persefahaman Asas Perpaduan Ummah.

Jadi, pada hari ahad ni saya bersama guru2 dan murid2 SK Taman Keramat 1 akan menghadiri sambutan tersebut di masjid...mmg setiap tahun Masjid Al-Ansar akan mengadakan sambutan tersebut dan sambutannya sangat meriah..ramai ahli kariah masjid yg hadir menyertai perarakan, mendengar ceramah dan yg paling best ada cabutan bertuah!! bayangkan pada thn 2010, pihak masjid menerima tajaan tiket umrah percuma utk 3org pemenang cabutan bertuah..tahun lepas saya xingat...tahun ni xtau la plak.....

Mcm2 aktiviti diadakan nanti, antaranya pertandingan perarakan ahli kariah yg disertai oleh pihak surau, taman perumahan & sekolah yg berdekatan dengan masjid, pastu caramah yg bakal disampaikan oleh penceramah jemputan, selawat dan berzanji dan akhir sekali cabutan bertuah...bertuah ke saya tahun ni? xtau la..kalau ada rezeki alhamdulillah...tapi saya lebih teruja nak dengar ceramah...

Isnin, 16 Januari 2012

Tanpa Tajuk

Ya Allah mudahkan bagiku apa saja yg Kau takdirkan untukku, ku pohon keberkatan rezeki utk kukongsi dgn keluargaku, lapangkan jalan bagiku, berilah ilham di saat aku buntu, bantu aku mendidik anak2 muridku, berikanlah cinta mereka kepada ku sebagaimana kuberikan cintaku kepada mereka, ikatkan ukhwahku bersama rakan guru, jadikan kami golongan yg saling membantu dan jauh dari rasa cemburu, teguhkan sekolah kami sebagai institusi melahirkan generasi Rabbani….Amin

Ahad, 15 Januari 2012

Mari Kita Amalkan

Dato' Dr. Fazilah Kamsah pernah berkata..... ..
" setiap pagi sedekahkan al-fatihah kepada kedua ibu bapamu (tak kira masih hidup @ telah tiada)
".......... nescaya pintu rezekimu akan terbuka buat kamu...


Berdasarkan Hadith Nabi :
"Tidak akan terputus rezeki seseorang selagi dia tidak meninggalkan doa kepada kedua orang tua nya dalam sehari"

Huraian hadith:

- jangan sesekali meninggalkan doa kepada kedua ibubapa (baik yang hidup mahu pun yang sudah tiada)

- Allah akan memurahkan rezeki kepada mereka yang tidak putus berdoa kepada kedua ibu bapa (walaupun ada ibu bapa yang leka, doakan agar mereka berubah)

- Ingatlah bahawa keredhaan ibu bapa adalah keredhaan Allah

- Semasa berdoa, berdoalah dengan bersungguh2. ...tadah tangan dan bayangkan wajah kedua orang tua kita, termasuk guru2 kita dan mereka yang banyak menolong kita (berdoa perlu benar2 bersungguh2)

- Mereka yang lupa berdoa kepada kedua orang tua, akan disempitkan rezeki oleh Allah

Kesimpulannya:

- Bagi yang berniaga, tak perlu ada ilmu pelaris....Cuma jangan lupa doakan ibu bapa kita setiap hari

- Rezeki bukan sahaja berupa wang ringgit, tetapi segala nikmat yang kita dapat dari Allah (e.g. makan, kesihatan, kasih sayang, ilmu dsb nya..)

Sama2 kita berdoa untuk kedua ibu bapa kita – AL FATIHAH UNTUK MEREKA.

Sabtu, 14 Januari 2012

Saya Sangat Teruja!!!

Ya Allah, andai saya dikurniakan zuriat...hati ini bercita-cita untuk menjadikan zuriat saya mengenali Al-Quran seawal usia bayi lagi...sama macam adik DarwishnDarwisya
Moga doa dan harapan saya ini terlaksana sebelum nafas saya terhenti...Amin

Khamis, 12 Januari 2012

Follow Up Doktor

Jadual Follow Up saya dengan doktor pakar 2 klinik di Kompleks Rawatan Harian Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang:

2 petang, 12 Januari (jumpa pakar ENDO)
10 pagi, 2 Februari (klinik O&G)
8 pagi, 20 April (ambil darah utk PCOS kat klinik MOPD)
2 petang, 3 Mei (temujanji dktr pakar ENDO)

banyaknya temujanji....saya tinggal di KL tapi kenapa temujanji saya di HTAR? hehe...panjang ceritanya...dipendekkan cerita, sejak thn lepas sy dapatkan rawatan di klinik pakar sakit puan O&G HTAR...dan sy dirujuk ke klinik pakar ENDO mulai Disember thn lepas...

saya sakit ape? hehe alhamdulillah setakat ni xde la sakit yg kronik...cuma sebagai langkah berjaga-jaga disebabkan sy ni seorang yang tembam lagi montel...lg1 sebab, sy sedang berusaha utk hamil...itu sebab yg utama...jadi, doakan agar usaha saya berjaya ye!!


Selasa, 10 Januari 2012

“Dinda hanya ingin dibangkitkan sebagai isterimu…”

SAUDAH BINTI ZAM’AH R.HA.
“Dinda hanya ingin dibangkitkan sebagai isterimu…”

Saudah binti Zam’ah, beliaulah insan yang menemani Rasulullah SAW di kamar selepas pemergian kekasih Baginda, Khadijah al-Khuwailid. Meskipun kedudukan dan ketinggian Khadijah di hati Nabi tak mampu ditandingi oleh sesiapapun, namun Saudah ternyata bertuah kerana menjadi salah seorang wanita pilihan Allah SWT untuk meneguk langsung cinta Nabi.

Beliau digambarkan seorang wanita yang tua, uzur dan gemuk ketika menjadi isteri Nabi. Namun, seunggul, sejelita dan seindah manapun wanita pada zaman ini tetap tak akan mampu menandingi walau secebis kemuliaan Saudah sebagai isteri Nabi. Bukankah jelas pernikahan Rasulullah ini kerana kepentingan agama, bukannya nafsu?!

Mari Berkenalan

Saudah binti Zam’ah bin Qais bin Abdu Syams bin Abdud berasal daripada suku Quraisy al-Amiriyah. Puteri kepada wanita bernama Syumush binti Qais bin Zaid bin Amr daripada Bani Najjar.
Pernah bersuamikan Sakran bin Amr, saudara Suhail bin Amr al-Amiri.

Golongan Paling Awal Menyahut Panggilan Fitrah

Ajaran Islam yang cocok dengan kesucian fitrah, kemuliaan akhlak dan kebersihan hati tidak teragak-agak untuk diterima oleh mereka yang memiliki kualiti hati yang istimewa. Golongan yang awal memeluk Islam dimuliakan Allah dengan gelaran as-saabiquunal awwalun. Firman Allah SWT yang bermaksud:
“orang-orang yang awal (masuk Islam) di antara Muhajirin dan Ansar dan orang-orang yang mengikuti mereka dengan baik, Allah reda dengan mereka dan merekapun reda kepada Allah. Allah menyediakan bagi mereka syurga-syurga yang mengalir sungai-sungai di dalamnya. Mereka kekal di dalamnya selama-lamanya. Itulah kemenangan yang besar.” (At-Taubah: 100).
Salah seorang daripada mereka ialah suami Saudah, Sakran bin Amr. Iman yang meresapi segenap jiwanya terasa indah. Beliau lantas memimpin isteri tercinta, Saudah binti Zam’ah untuk sama-sama hidup di bawah kemuliaan tauhid.

Menyaksikan Suami Disiksa

Pengaruh Islam semakin tersebar di Makkah. Ajaran Muhamad semakin berkesan di hati. Mengamuklah orang-orang kafir Quraisy. Golongan miskin dan lemah diseret dan disiksa tanpa belas kasihan.
Mengalir air mata Saudah tatkala melihat suaminya Sakran disentap, dipukul dan dibiarkan kelaparan dan kehausan. Namun begitu, imannya tidak goyah. Dia tetap teguh ingin bersama agama Muhammad SAW.
Seperit mana kesedihan Saudah, perit lagi kesedihan Rasulullah SAW tatkala melihat umat yang dicintai menerima penyiksaan sezalim itu. Ketika itu baginda dilindungi oleh pengaruh bapa saudaranya, Abu Talib dan isterinya yang bangsawan, Khadijah. Islam yang masih dalam fasa kelemahan ketika itu tidak memampukan baginda untuk bangkit membela mereka yang teraniaya.
Rasulullah SAW akhirnya menyuruh sahabat-sahabat yang teraniaya agar berpindah ke Habsyah dan minta perlindungan daripada Raja Najasyi sehinggalah Allah membebaskan mereka semua daripada penderitaan ini. Saudah dan suaminya menyahut Sarranan ini. Mereka berlindung di Habsyah dan meniti hari yang tenang di bawah naungan iman.
Setenang manapun berada di tempat orang, tetap tak seindah berada di tanah air sendiri, tanah kelahiran seorang Nabi. Begitulah yang dirasakan oleh orang-orang Islam di Habsyah. Mereka kembali ke Makkah pada saat dakwah Islam masih hebat ditentang.
Penderitaan Saudah tak tertanggung lagi apabila suaminya dipanggil pulang menemui Ilahi. Sakran meninggal dunia di Makkah. Saudah memujuk diri bahawa kasih sayang Allah lebih besar berbanding kasih sayang suami terhadapnya. Wujudkah pengganti yang lebih baik untuk menempati tempat Sakran di hati? Saudah bingung sendiri.

Dilamar Lelaki Terbaik di Dunia

Saudah masih berendam air mata kerana ditinggalkan suami. Rasulullah SAW ketika itu juga dalam kesedihan kerana ditinggalkan isteri, Khadijah al-Khuwailid. Saudah mengetahui tingginya kedudukan Khadijah buat Nabi di dunia dan di akhirat.
Setelah pemergian Khadijah, tiada sahabat yang berani mencalonkan sesiapa untuk Rasulullah kerana mereka percaya tiada wanita sebaik Khadijah yang layak menemani Nabi. Hadirlah seorang sahabat wanita bernama Khaulah binti Hakim untuk menyenangkan hati Nabi dengan berbicara soal pernikahan.
Berkata Khaulah binti Hakim bin Al-Auqash, isteri Uthman bin Mazh’un,
“Wahai Rasulullah, tak nak kahwin lagi ke?”
Rasulullah bertanya semula,
“Dengan siapa?”
“Terpulanglah. Ada gadis dan ada janda,” jawab Khaulah.
“Jika gadis, siapa orangnya?” Tanya Rasulullah.
“Puteri orang yang paling engkau cintai, Aisyah binti Abu Bakr,” jawab Khaulah. Rasulullah teringat akan mimpi-mimpinya yang dibawa oleh Jibril tentang gadis di balik selendang sutera iaitu Aisyah. Namun, Aisyah masih lagi seorang anak kecil ketika itu. Apapun, Aisyahlah gadis pertama yang hadir dalam impian Rasulullah selepas kewafatan Khadijah kerana diilhamkan sendiri oleh Allah SWT. Tidak hairanlah cinta baginda kepada Aisyah amat menebal. Yang pertama selalunya istimewa! Apatah lagi jika yang pertama itu beragama.
“Jika janda, siapa orangnya?” Tanya Rasulullah lagi.
“Saudah binti Zam’ah. Dia telah beriman kepadamu dan mengikut ajaran agamamu,” jawab Khaulah. Rasulullah dapat menyelami betapa deritanya Saudah dikelilingi tekanan yang menyesakkan iman dan diuji pula dengan kematian suami. Rasulullah sangat simpati kepadanya. Ada keserasian dalam bentuk ujian, masing-masing ditinggalkan pendamping tercinta.
“Kalau begitu, pergilah dan sampaikan pinanganku kepada mereka berdua,” kata Rasulullah SAW. (Al-Haitsami berkata dalam kitab Majma’uz Zawaaid, no. 15285, “Hadis ini diriwayatkan oleh At-Thabrani. Para perawinya adalah perawi kitab As-Sahih, kecuali Muhammad bin Amr bin Alqamah. Ia dinyatakan hasanul hadis.”)
Dalam riwayat Ahmad, dinyatakan bahawa Khaulah segera menemui Saudah dan ayahnya, Zam’ah. Ketika itu, Zam’ah sudah lanjut usia dan tidak dapat lagi menunaikan haji. Khaulah berkias,
“Kebaikan dan kebahagian seperti apakah ini yang telah Allah anugerahkan kepada kalian?”
Saudah berkerut kehairanan,
“Apa maksudmu?” Tanya Saudah.
Khaulah lantas menyampaikan berita gembira,
“Rasulullah SAW mengirimku untuk menemuimu dan menyampaikan lamarannya kepadamu.”
Hati Saudah berbunga-bunga lantas tumpahlah air mata keharuan. Tidak pernah terbayang baginya untuk mendapat kemuliaan sedemikian rupa. Ketika usianya sudah agak lanjut dan mempunyai susuk badan yang gemuk dan tidak menarik, masih ada yang sudi menyuntingnya. Apatah lagi lelaki itu ialah lelaki paling agung di muka bumi. Sudah tentu lelaki bernama Muhammad bin Abdullah jauh lebih mulia berbanding Sakran.
Saudah lantas menerima walaupun sedar Rasulullah melamarnya semata-mata atas dasar kasihan. Setelah menerima restu ayah, datanglah Rasulullah kepada Saudah, melangsungkan akad nikah dengan mahar berjumlah 400 dirham. (Rujuk Majma’uz Zawaid, no. 15786).

Cara Saudah Mengikat Hati Suami Terhadapnya

Saudah menjadi wanita pertama yang dinikahi oleh Rasulullah SAW setelah kewafatan Khadijah. Beliau menjadi satu-satunya isteri yang menemani hidup Nabi selama tiga tahun sebelum hadirnya Aisyah. Di saat kita pada hari ini berangan-angan ingin bermimpikan Rasulullah, Saudah dapat tidur di sisi Nabi dan berbincang-bincang dengannya. Bukankah Saudah sangat bertuah?
Meskipun Saudah sedar siapalah dirinya berbanding Khadijah namun beliau sentiasa berusaha keras menjadi isteri yang terbaik buat Nabi. Beliau menceritakan saat-saat getir menghadapi tekanan-tekanan kaum musyrikin sehingga memancing simpati Nabi terhadapnya.
Beliau juga menceritakan hari-hari yang dilalui oleh puteri baginda Ruqayyah bersama suaminya, Utsman bin Affan selama tinggal di Habsyah. Ketika itu Ruqayyah dan Ustman masih menetap di Habsyah dan Rasulullah amat rindu kepada mereka. Saudah sedar Rasulullah amat senang mendengar berita tentang puterinya yang tersayang membuatkan Saudah rajin bercerita tentangnya.

Hijrah Kedua

Kekejaman musyrikin di Madinah memaksa orang-orang Islam berhijrah ke Madinah dengan izin Allah SWT. Setelah sebahagian besar sahabat berhijrah ke Madinah, Rasulullah menyusul hijrah mereka. Kemudian baginda mengutuskan Zaid bersama pelayannya, Abu Rafi’ untuk menjemput wanita-wanita kesayangan Nabi ikut berhijrah. Bersama dua ekor unta dan wang 500 dirham, mereka menjemput Fatimah, Ummu Kulthum, Saudah binti Zam’ah, Ummu Aiman dan Usamah bin Zaid. (At-Tabaqaat, Ibnu Saad, vol.1, hlm. 237-238).
Saudah menetap di Madinah bersama Nabi SAW. Beliau reda apabila tak lama kemudian Rasulullah membina rumah tangga dengan Aisyah r.ha. Beliau tahu ianya kehendak Allah untuk kebaikan umat Islam sejagat. Aisyah menyukai Saudah sehingga terdapat banyak kisah menarik antara mereka berdua.

Mengutamakan Aisyah Demi Merebut Simpati Nabi

Saudah sedar, psikologi Aisyah yang masih muda sudah tentu lebih memerlukan cinta dan kasih suami. Saudah juga tahu Aisyah adalah isteri yang paling dicintai Nabi setelah Khadijah. Demi menyenangkan hati Nabi, beliau dengan setulus hati sanggup menghadiahkan hari gilirannya kepada Aisyah. Lagipun beliau sudah semakin tua dan uzur.
Rasulullah SAW pernah berniat menceraikan Saudah kerana berlaku adil amatlah payah. Perlukan kerja keras. Namun Saudah takut tidak terpilih menjadi isteri Nabi di akhirat maka beliaupun merayu,
“Biarkan dinda terus menjadi isterimu. Demi Allah! Dinda tidak akan menuntut sebagaimana isteri-isterimu yang lain. Namun dinda ingin dibangkitkan Allah menjadi isterimu kelak di hari kiamat.”
Saudah menawarkan lagi bagi menyenangkan hati Rasulullah,
“Wahai Rasulullah, dinda hendak memberikan hari giliran dinda kepada Aisyah.”
Rasulullah lantas menerimanya.
Aisyah menyanjungi Saudah. Beliau berkata,
“Aku tidak pernah menemui seorang wanita yang lebih kusukai jika diriku menjadi sepertinya selain Saudah binti Zam’ah. Seorang wanita yang kekuatan jiwanya luar biasa.”
Malah, Aisyah begitu cemburu dengan kesegeraan Saudah dalam melakukan kebaikan dan ketaatan kepada Allah. Malah Saudah sentiasa berusaha menunjukkan ketaatannya kepada Allah dan Rasulullah. Selain itu, Saudah sangat dermawan dan murah hati.

Kenangan Terindah

Pertanyaan Saudah kepada Rasulullah SAW pada suatu hari pernah mendapat jawapan daripada tujuh petala langit. Ia berkenaan tentang isteri Rasulullah ingin keluar rumah selama ada keperluan. Hal ini meninggalkan kenangan terindah buatnya. Masakan tidak, Allah menurunkan wahyu untuk merungkaikan masalah yang sama hingga hari kiamat.
Aisyah r.a menuturkan, “Saudah binti Zam’ah pernah keluar rumah pada malam hari. Umar melihatnya dan segera mengenalnya, maka ia berkata, “Demi Allah! Kau pasti Saudah. Kami sudah mengenalmu.” Saudah merasa tidak sedap hati sehingga dia segera menemui Rasulullah SAW yang saat itu sedang makan malam di rumahku dan tangannya sedang memegang tulang yang nyaris habis dagingnya. Tidak lama kemudian, Allah menurunkan wahyu yang membenarkan tindakan Saudah. Rasulullah SAW berkata, “Allah telah mengizinkan kalian keluar rumah selama ada keperluan.” (Muttafaqun Alaih).
Alhamdulillah, dengan keringanan ini, maka kita semua para wanita dapat keluar rumah dengan adanya keperluan seperti berkerjaya, menuntut ilmu, membeli keperluan rumah dan sebagainya.
Di akhir masa pemerintahan Umar RA, bonda kita Saudah menutup mata untuk selamanya.

Sabtu, 7 Januari 2012

Sesi Persekolahan 2012

4 Januari 2012 merupakan hari pertama murid2 thn 1 hadir secara rasmi sebagai murid di sekolah...hehehe....thn ni saya akan mengajar mata pelajaran Pendidikan Islam tahun 1 Ehsan, 1 Rahmat, 2 Kurnia, 2 Ehsan dan 2 Rahmat...ini bermaksud, saya terlibat secara langsung dengan KSSR tahun 1 dan 2..

Tahun lepas dah ada pengalama...namun, masa tu pengurusan saya sangat huru hara disebabkan saya masih xbrapa faham tentang konsep dan perlaksanaan KSSR...Selepas pergi kursus KSSR utk tahun 2 baru saya faham dan dapat gambaran sebenar mengenai KSSR n cara perlaksanaan yg betul...

Sebenarnya, saya nak cerita tentang pengalaman saya dan rakan2 di sekolah menerima murid2 tahun 1...jika dibandingkan murid tahun 1 tahun lepas dan tahun ni....tahun ni lebih baik sebab xramai murid tahun 1 yg menangis n meraung nak balik ikut ibu bapa bila sesi pembelajaran bermula...ini mungkin disebabkan GPK Petang dah maklumkan pada ibubapa supaya menunggu anak mereka ketika pulang dan beri kepercayaan kpd guru2 utk memulakan sesi PnP....

Tapi...yg xbestnya, masih ada lagi ibu bapa murid tahun 2 yg masih lagi tunggu anak2 mereka...sedangkan sepatutnya ibibapa sepatutnya memberi peluang kepada anak2 mereka berdikari di sekolah..ini menyebabkan anak2 mereka masih menangis dan mengejar ibu bapa hingga kepintu pagar sekolah.....

Saya kagum dengan seorang ibu murid thn 1 yg rela hati melepaskan anaknya kepada rakan saya ketika anaknya meraung nak ikut dia balik...walaupun air mata ibu itu berlinangan tapi jelas pada wajahnya yg dia meletakkan kepercayaan pada guru2 di sekolah untuk membimbing anaknya supaya serasi berada di sekolah...

Jgn bimbang ye ibu2 dan bapa2 sekalian....kami tak makan anak2 anda di sekolah....jadi, berikan kepercayaan kepada kami agar kami dapat laksanakan tanggungjawab kami dengan baik...


Ahad, 1 Januari 2012

SeLaMaT TaHuN BaRu 2012

Ada orang kata...pelik bila kita baca doa awal tahun pada awal tahun masehi...tapi pada sy xde peliknya sekiranya itu merupakan doa yg kita mmg pohon pada ALLAH setiap hari...cuma, selama ni sy xpenah tulis pun doa tu utk bacaan umum...



Ya Allah,
Dengan kehadiran tahun baru ini, maka bertambah umurku...maka dengan itu ya Allah, aku bersyukur padaMU atas segala kurniaan dan pemberianmu terhadapku dan keluargaku...ampuni dosa2ku, dosa2 suamiku dan kedua ibu bapa kami, saudara mara kami, guru2 kami serta muslimin muslimat sama ada yg masih hidup mahupun yang telah terlebih dahulu menghadapMU sebelum kami...
Ya Allah,
berikan kami kesihatan yang baik, ilmu yang bermanfaat, rezeki yang Kau berkati dan zuriat yg soleh serta solehah...janganlah Kau biarkan kami hanyut dengan keseronokan dunia kerana sesungguhnya keseronokan dunia itu hanyalah sementara...bimbinglah kami ya Allah pada jalanMu..agar kami tidak tergolong dalam golongan orang yg rugi dan tidak bersyukur...
Ya Allah,
Andai sampai ajal kami, maka matikanlah kami dalam keadaan Husnul Khatimah...peliharalah keaiban kami dan tempatkanlah kami dalam golongan hamba-hambaMu yg beriman dan beramal soleh..Selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad S.A.W dan ahli keluarga baginda
Amin.



Yahoo Messenger