ku bahagia

ku bahagia

Jumaat, 29 Mac 2013

F1 Sepang 2013

Masa belajar di universiti dulu, saya memang teringin sangat nak tonton perlumbaan di F1 Sepang...

huhu...sebenarnya saya ni bukanlah peminat tegar F1 tapi bila tgk di televisyen, rasa macam best je dengar deruman enjin kenderaan tu..

Alhamdulillah, tanpa disangka-sangka, en. Hubby telah dapat 2 tiket percuma utk menonton perlumbaan F1 sepang pada 23 & 24 Mac lalu...pada mulanya kami nak pergi pada kedua-dua hari perlumbaan. Namun pada 23 Mac 2013 lalu hujan telah turun dengan lebatnye...jd, en Hubby kata kami pergi pada 24 mac je...

Terima kasih ye en. Hubby sayang...tercapai juga hajat yang telah lama terpendam

 tiket...en. Hubby xbagi amik gambar penuh atas sebab2 tertentu






Haaaaaaaa......nak cerita sikit bab makan n minum....

ni kuih karipap yg saya dan en. Hubby berjaya seludup masuk ke tempat menonton...sebenarnya semua penonton dilarang utk bawa mknan n minuman dari luar.....tapi kami degil n tetap bawa roti, karipap n air mineral...malangnya air mineral n roti saya xdapat diselamatkan...

dalam kawasan menonton tu mmg ada org yg menjual minuman n makanan yg saya tahu harganya mmg mahal...xkisah la yg tu...dah boleh agak pun...

cuma apa yg membuatkan saya rasa sangat sedih ialah...langsung xde peniaga melayu a.k.a ISLAM yg menjual makanan yg dibungkus....semuanya bukan islam...bayangkan mereka jual nasi, sosej, kentang n pelbagai makanan lain dan pembelinya siapa? ORANG MELAYU a.k.a ISLAM ye....


ish....dalam hati ni terdetik, tergamak sungguh mereka membeli dan beri anak2 mereka makan...tidakkah mereka rasa ragu terhadap status halal makanan tersebut...tidakkah mereka terfikir bahawa apa yg dimakan oleh anak2 mereka itu boleh menggelapkan hati dari mencintai al-Quran andainya makanan tersebut syubhah @ tak dapat dipastikan status halalnya...sedih rasanya hati ini...











Tiada ulasan:

Yahoo Messenger