ku bahagia

ku bahagia

Jumaat, 8 Mac 2013

Ya ALLAH, Selamatkan Pasukan Keselamatan Malaysia

Satu Malaysia dah tahu tentang pencerobohan tentera 'Sultan Sulu' yg berhajat utk menakluki Sabah... 

Situasi pencerobohan ini telah saya ikuti sejak ia mula2 disiarkan di media massa..pada mulanya saya xambil pusing pun tentang perkara ni...namun, apabila en. Hubby mengkhabarkan isu ini menggugat keselamatan negara dan kemungkinan beliau akan terlibat secara tidak langsung dalam situasi ni...membuatkan saya jadi tak senang duduk...

Ini ditambah lagi dengan pemergian 2 org anggota polis di Lahad Datu dan 6 org anggota di Semporna...jelas membuktikan bahawa tindakan penceroboh tersebut sangat serius utk mencetuskan huru hara di Sabah.

Dalam pada masa yg sama....hati saya bagai ditusuk sembilu apabila membaca komen2 di FB yg cuba menjatuhkan semangat anggota keselamatan negara dengan kata2 yg bagi saya sangat kurang ajar dan tidak sopan...segalanya mahu dipolitikkan seolah2 mereka ini 'bajet bagus sangat'.....sesungguhnya sebagai isteri anggota keselamatan negara, hati saya berasa amat terluka...

Setiap hari, hanya doa yg mampu saya iringkan buat semua anggota keselamatan dan mereka yg terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam Operasi Daulat ini agar mereka sentiasa berada dalam lindungan ALLAH setiap masa...saya juga cuba menerapkan rasa cintakan negara terhadap anak2 didik dan mengajak mereka membaca surah al-Fatihah dan doa bersama-sama utk ditujukan kpd anggota keselamatan yg telah meninggal dunia dan mereka yg sedang berada di medan pertempuran sebelum sesi PnP bermula...



Tiada ulasan:

Yahoo Messenger