ku bahagia
Selasa, 27 Disember 2011
Tercapai Hajat Nak Masuk Aquaria
Jenjalan di Port Dickson sambil tgk Tattoo
Episod 3 - Kenduri kesyukuran sempena Annivasary
Rangkuman cerita episod 2 - Genting yg sejuk
Rangkuman cerita
Selasa, 16 Ogos 2011
Stiker Baru Mr. LC 135
Khamis, 11 Ogos 2011
melepaskan 'JUARA' ke Selat Melaka
lokasi....Pangkalan Balak, Melaka
Aktiviti....melepaskan penyu angkat yg diberi nama JUARA ke Selat Melaka
Pengalaman yg best...xrancang pun nak tidur di melaka pada awalnya..tapi disebabkan saya n en. hubby tiba di Melaka agak lewat petang, jd kami terus rancang nak cari resort yg murah dan selesa utk bermalam..
Kebetulan resort yg dipilih terletak bersebelahan dengan tempat penetasan penyu dan kami dijemput oleh petugas di resort utk aktiviti lewat petang..melepaskan penyu di pantai..sy n en. hubby sgt teruja sbb ni first time dapat pegang anak penyu..setiap penghuni resort diberikan seekor anak penyu utk dinamakan dan dilepaskan ke laut..
moga en. JUARA membesar bagaikan juara..
Rabu, 15 Jun 2011
Gerhana Bulan 16 Jun 2011

Sabda Rasulullah SAW; “Sesungguhnya matahari dan bulan merupakan dua tanda daripada tanda-tanda (kebesaran) Allah tidak berlaku gerhana pada kedua-duanya kerana kematiaan seseorang dan tidak pula kerana kelahirannya. Maka apabila kamu melihat perkara itu maka sembahyanglah dan berdoalah sehingga kembali terang(hilang gerhana) apa dengan kamu”. (HR Muslim)
Lafaz Niat Solat Sunat Gerhana Bulan
أُصَلِّى سُنَّةَ الخُسُوفِ رَكْعَتَينِ للهِ تَعَالَى
Ertinya : “Sahaja aku solat sunat gerhana bulan dua rakaat kerana Allah Taala.”
Dari Aisyah r.a. berkata: “Sesungguhnya Rasulullah SAW berdiri (di masjid) pada hari terjadi gerhana matahari, lalu Baginda mengadakan solat gerhana dan membaca bacaan yang panjang (seukur seratus ayat surah al-Baqarah), kemudian beliau mengangkat kepala dan mengucapkan Sami’ Allahhu Liman Hamidah, dan Baginda berdiri lalu membaca bacaan yang panjang, sedang bacaan (dalam berdiri yang kedua) ini sedikit berkurang daripada bacaan yang pertama, kemudian beliau ruku’ dengan ruku’ yang panjang, sedang ruku’ ini berkurang dari ruku’ pertama, kemudian Baginda sujud dengan sujud yang panjang (bertasbih seukur bacaan seratus ayat), kemudian Baginda bertindak sepadan demikian (rakaat pertama) itu pada rakaat yang akhir (kedua), Selanjutnya Baginda mengakhiri solatnya dengan salam, sedang gerhana matahari telah berakhir. Lalu Baginda berkhutbah kepada manusia: “Pada gerhana matahari dan bulan, sesungguhnya keduanya adalah dua tanda (kebesaran) di antara tanda-tanda kebesaran Allah. Keduanya tidaklah terjadi gerhana kerana kematian seseorang pula tidaklah kerana kehidupan seseorang. Maka apabila kalian melihat keduanya (gerhana) maka bersyukurlah kepada solat gerhana” (HR al-Bukhari)
Dari Abdullah bin Amr bin Al-Ash, beliau berkata: “Tatkala matahari gerhana pada masa Rasulullah SAW, maka diserukan : ‘as solatu jami`ah’. Lalu Rasulullah SAW melakukan dua kali ruku’ dalam satu rakaat. Kemudian berdiri lagi dan melakukan dua kali ruku’ dalam satu rakaat. Kemudian matahari kembali muncul. Aisyah berkata: “Aku sama sekali tidak pernah melakukan ruku’ ataupun sujud yang lebih lama daripada itu” (HR Muslim)
Secara ringkasnya seperti berikut:
Rakaat Pertama
1. Membaca surah al-Fatihah
2. Membaca mana-mana surah,yang terlebih afdhal surah ABaqarah
3. Ruku’
4. Iktidal
5. Ruku’
6. Iktidal
7.Sujud
8.Duduk antara 2 sujud
9.Sujud kembali
10.Berdiri ke rakaat kedua Rakaat Kedua
1. Membaca surah al-Fatihah
2. Membaca surah
3. Ruku’
4. Iktidal
5. Ruku’
6. Iktidal
7. Sujud
8. Duduk antara 2 sujud
9. Sujud kembali
10.Membaca tasyahud akhir
11.Memberi salam
-Mana-mana surah hendaklan mengikut susunan surah dari Al-Quran
-Sunat menyaringkan suara pada bacaan Fatihah dan surah ketika solat sunat gerhana bulan dan perlahan ketika solat sunat gerhana matahari.
-Disunatkan mandi untuk solat gerhana, seperti hendak solat Jumaat. Dari Aisyah r.a. berkata: Selanjutnya beliau mengakhiri solatnya dengan salam, sedang gerhana matahari telah berakhir. Lalu Baginda berkhutbah kepada manusia: “Pada gerhana matahari dan bulan, sesungguhnya keduanya adalah dua tanda (kebesaran) di antara tanda-tanda kebesaran Allah. Keduanya tidaklah terjadi gerhana kerana kematian seseorang pula tidaklah kerana kehidupan seseorang. Maka apabila kalian melihat keduanya (gerhana) maka bertandanglah kepada solat gerhana." (HR al-Bukhari)
Ahad, 5 Jun 2011
---->FaNCY CooKieS<----
Muffin
Brownies
Bahan-bahan :
100g butter
100g coklat masakan
3 biji telur
1 sudu kecil vanilla essence
1 cwn gula
2 cwn tepung gandum
1/3 cwn serbuk koko
1 cwn your choice of nuts (peanut/almond/pecan/walnut/pistachio/gajus/apa2 je)
Cara-cara :
1. Sediakan double boiler. Cairkan butter + coklat masakan guna double boiler.
2. Masukkan gula dan kacau sampai gula larut.
3. Angkat bekas dari boiler. Masukkan telur 1 demi 1, kacau sebati setiap kali telur dimasukkan.
4. Masuk vanilla. Masuk tepung + koko.
5. Masuk kacang. Tuang dalam bekas pembakar.
6. Bakar dalam oven 180 degC, 30 minit.
7. Siap, potong 4 segi.
Notes :
* Guna bekas yg agak2 bila tuang tu adunan jadi tak tebal sgt.
* kalau guna guna brown sugar lg elok- less sweet, less calories.
*sy xletak nut tp sy tambah coklat chips sikit
Jumaat, 3 Jun 2011
Ayam Kung Fu Fa
Arini try lauk Ayam Kung Fu Fa plak..masa masuk hospital aritu, abah belikan lauk ni kat restoran cina muslim di andalas klang...sedap...jd, ape lg...sila lihat resepinya di bawah yek..
Bahan-Bahan:
½ ekor ayam
2 inci halia - seelok-eloknya halia muda
2 ulas bawang putih ( di hiris bulat)
1 biji bawang besar ( di hiris bulat)
8 tangkai cili kering ( di potong 2 inci)
sos tiram
Kicap
Sedikit daun bawang
Sedikit garam
Sedikit minyak
Sedikit air
Sedikit tepung jagung (bancuh dgn sedikit air)
Cara:
Ayam di potong kecil-kecil (tapi sy xpotong kecil...nanti berebut dgn En. Hubby) Basuh bersih ayam tersebut dan lumurkan sedikit sahaja garam.
Panaskan minyak dan goreng ayam tersebut selama 10 minit (agak-agak masak). Kemudian tumiskan bawang besar, halia dan bawang putih (dengan minyak yg sedikit).
Bila agak garing masukkan ayam tadi bersama-sama kicap, sos tiram dan cili kering. Kacau dengan api yang perlahan.
Masukkan garam (agak-agak kerana sos tiram dan ayam tersebut telah masin) dan bancuhan tepung jagung tadi.
Bolehlah di angkat dan taburkan daun bawang tadi.
Selamat mencuba hehe..
Khamis, 2 Jun 2011
bergedil roti
Bahan2 10 keping roti (direndam dgn air masak hingga kembang) 2 biji telur di pukul dengan sedikit garam Bahan A (dimayang halus) -1 biji bawang besar -2 ulas bawang putih -1 tangkai cili masak -daun sup -daun bawang Bahan B -Daging / Ayam yg dikisar -garam secukup rasa -minyak masak | |
Cara: | |
Mayang bahan A. gaul semua bahan A dan B sehingga rata. masukkan roti yang telah kembang satu demi satu ke dalam adunan dan ramas. masukkan secubit garam. | |
Cadangan Hidangan: | |
sedap di makan dengan nasi atau begitu sahaja. | |
Tambahan: | |
pastikan begedil di balikkan selalu semasa memasak. masak dengan api yang sederhana. |