ku bahagia

ku bahagia

Rabu, 11 Jun 2008

BTN Maran, Pahang

5.6.08 - 9.6.08 aritu aku ngan kwn2 j-QAF IPTek K.L diarah utk mengikuti kursus BTN kat Maran, Pahang. Hmm...memula tu rasa takut, xseronok dan xhappy je nak gi sebab xdapat nak enjoy pas exam..dah la masa nak gi tu kena tunggu bashampir 2jam setengah..tension betul.

kiteorg sampai sana kul 2 pagi..siap dijamu makan cam sahur lak..secara keselurhannya BTN kat Maran nih best...biasanya bila kata nk gi BTN, org akan kata kena brain wash la..cite pasal politik la..tapi bila aku sendiri dah alaminya..xde la seburuk dan seteruk yang diceritakan..hhmm..jadi..pasni aku kena bijak untuk bezakan antara FAKTA dan PENDAPAT.

Kem te cantik...dalam kawasan hutan dekat kaki bukit..yang paling aku suka..kat situ banyak rama2 yang jarang aku jumpa dan sumenye cantik2.kat depan kem tu ada sungai..jernih sungguh airnya..kalau sebelum datang ke sana aku fruss xdapat enjoy pas peksa..bila dah sampai sana aku xrasa nyesal pun ikut BTN.

Melalui kursusu BTN nih...aku didedahkan dengan realiti BANGSAKU sendiri. memang pahit bila dengar dan lihat apa yang disajikan tapi itu la realiti yang aku dan semua anak melayu kena akui..

anak kecil main api
terbakar hatinya yang sepi
air mata darah bercampur keringat
bumi dipijak milik orang

Nenek moyang kaya raya
tergadai seluruh harta benda
akibat sengketa sesamalah kita
cinta lenyap diarus zaman

Indahnya bumi kita ini
warisan berkurun lamanya
hasil mengalir ke tangan yang lain
pribumi merintih sendiri

Masa depan sungguh kelam
kan lenyap peristiwa semalam
tertutup lah hati terkunci mati
maruah peribadi dah hilang

Kini kita cuma tinggal kuasa
yang akan menentukan bangsa
Bersatulah hati barsama berbakti
Pulih kembali harga diri

kita sudah tiada masa
majulah dengan maha perkasa
janganlah terlalai teruskan usaha
melayukan gagah dinusantara 3X

2 ulasan:

::.GeiNa.:: berkata...

Salam...hai kwn lama...
amboi ade blog tk bgtau erk..
hehhe..aku pun ade blog...
nnt link blog aku k..
~zack~

Tanpa Nama berkata...

Wahai bangsa Melayu bangsaku,

Kekuatan orang Melayu bukan pada bangsa dan bukan pada semangat kebangsaan Melayu. Perjuangan ini telah kita lalui terutama sejak merdeka semangat Melayulah yang kita laungkan selalu. Hasilnya juga telah kita tahu.

Begitu lama perjuangan kita atas nama Melayu semakin layu, ekonomi sahaja pun belum selesai lagi hingga kini. Padahal keistimewaan-keistimewaan telah diberi kepada orang Melayu lebih dari perlu hingga bangsa lain iri hati. Namun ekonomi masih terkebelakang lagi, kecuali sesetengah individu Melayu.

Di segi pendidikan dan pelajaran kita bangga di satu segi iaitu selepas merdeka ramai orang Melayu yang pandai dan cerdik, ramai yang ada degri tapi orang Melayu yang pandai tidak mampu berdikari kecuali makan gaji. Ramai yang berilmu tidak ramai yang tawadhuk dan merendah diri. Orang pandai sikap hidup nafsi-nafsi, fikir diri, yang miskin disuruh kerajaan membela sedangkan orang-orang pandai berdiam diri, tidak peduli.

Di segi politik pula semakin ke hujung semakin tidak stabil, politik wang dan jatuh-menjatuhkan menjadi budaya dan menjadi-jadi. Di sudut perpaduan jauh daripada yang dikehendaki. Bukan sahaja perpaduan bangsa belum terjadi perpaduan di dalam parti pun belum terjadi lagi.Hakikat ini kita terpaksa akui.

Ada satu aspek yang ini memang kita berpuas hati iaitu kemajuan di bidang pembangunan amat pesat yang ini kita berpuas hati. Di bidang ini dunia memang akui bahkan iri hati tapi side effect yang negatifnya hasil pembangunan sangat menakutkan. Orang Melayulah yang ramai terlibat dengan gejala yang negatif itu. Dadah orang Melayulah yang ramai terlibat, rasuah orang Melayu yang ramai, budaya lepak anak-anak Melayulah yang banyak.Gangsterisme di sekolah anak Melayu jugalah yang ramai terjebak, sumbang muhram, buang bayi, orang Melayulah yang banyak. Terjebak dengan skin head, black metal, dan budaya liar anak Melayu yang ramai.
Belum lagi kita perkatakan jenayah ragut, ugut, rokok Melayulah yang ramai. Jenayah berat seperti rogol, bunuh, pergaduhan, murtad anak Melayu juga yang ramai. Kes-kes rumahtangga, cerai-berai, tidak bertanggungjawab terhadap keluarga orang Melayu nombor one.

Setelah kita paparkan gejala yang tidak sihat di kalangan orang Melayu bolehkah kita tolak?

Sudah tentu kita terpaksa menerima dengan penuh malu dan dukacitanya dan ini adalah hasil perjuangan orang Melayu dengan semangat kebangsaannya bukan! Sebenarnya kekuatan orang Melayu bukan pada semangat Melayunya. Orang Melayu ada Tuhan, ada Islam di sinilah kekuatan Melayu seperti orang Arab di zaman Rasul menjadi empayar mereka tidak memperjuangkan bangsa Arab.Tetapi mereka memperjuangkan Tuhan dan Islam akhirnya bangsa Arab terbela. Bangsa Turki menjadi empayar bukan mereka memperjuangkan bangsa Turki mereka memperjuangkan Tuhan dan Islam akhirnya bangsa Turki terbela.

Mengapa orang Melayu tidak belajar dengan sejarah ini?!Orang Melayu ada Tuhan, ada Islam. Mengapa orang Melayu tidak perjuangkan Tuhan dan Islam? Kalau orang Melayu memperjuangkan Tuhan dan Islam, orang Melayu dengan sendiri terbela. Formulanya, perjuangkan Tuhan dan Islam dalam hidup, insyaAllah, Melayu akan terbela.

Yahoo Messenger