ku bahagia

ku bahagia

Jumaat, 29 Mac 2013

F1 Sepang 2013

Masa belajar di universiti dulu, saya memang teringin sangat nak tonton perlumbaan di F1 Sepang...

huhu...sebenarnya saya ni bukanlah peminat tegar F1 tapi bila tgk di televisyen, rasa macam best je dengar deruman enjin kenderaan tu..

Alhamdulillah, tanpa disangka-sangka, en. Hubby telah dapat 2 tiket percuma utk menonton perlumbaan F1 sepang pada 23 & 24 Mac lalu...pada mulanya kami nak pergi pada kedua-dua hari perlumbaan. Namun pada 23 Mac 2013 lalu hujan telah turun dengan lebatnye...jd, en Hubby kata kami pergi pada 24 mac je...

Terima kasih ye en. Hubby sayang...tercapai juga hajat yang telah lama terpendam

 tiket...en. Hubby xbagi amik gambar penuh atas sebab2 tertentu






Haaaaaaaa......nak cerita sikit bab makan n minum....

ni kuih karipap yg saya dan en. Hubby berjaya seludup masuk ke tempat menonton...sebenarnya semua penonton dilarang utk bawa mknan n minuman dari luar.....tapi kami degil n tetap bawa roti, karipap n air mineral...malangnya air mineral n roti saya xdapat diselamatkan...

dalam kawasan menonton tu mmg ada org yg menjual minuman n makanan yg saya tahu harganya mmg mahal...xkisah la yg tu...dah boleh agak pun...

cuma apa yg membuatkan saya rasa sangat sedih ialah...langsung xde peniaga melayu a.k.a ISLAM yg menjual makanan yg dibungkus....semuanya bukan islam...bayangkan mereka jual nasi, sosej, kentang n pelbagai makanan lain dan pembelinya siapa? ORANG MELAYU a.k.a ISLAM ye....


ish....dalam hati ni terdetik, tergamak sungguh mereka membeli dan beri anak2 mereka makan...tidakkah mereka rasa ragu terhadap status halal makanan tersebut...tidakkah mereka terfikir bahawa apa yg dimakan oleh anak2 mereka itu boleh menggelapkan hati dari mencintai al-Quran andainya makanan tersebut syubhah @ tak dapat dipastikan status halalnya...sedih rasanya hati ini...











Rajinnye Menantu Omak

Ni permintaan dari mak saya....

Dia minta en. Hubby utk sediakan ruang di laman rumah utk dia membelai cik orkid yg telah lama terbiar sejak mak duduk di rumah nenek setahun yang lalu...

jadi, dengan penuh kasih sayang, en. hubby memenuhi permintaan mak saya

 operasi pembersihan kawasan

 mendapat bantuan dari angah



 apa yang penting?....kerjasama


Cuti Skolah Datang Lagi :-)



Selamat bercuti rakan-rakan guru sekalian....hari ni dah hari jumaat (29 Mac 2013)

tinggal 2 hari je lagi cuti sekolah..

lepas ni akan kembali menyibukkan diri ngn pelbagai aktiviti skolah n kerja2 belakang tabir yg tak pernah habis (PBS dan pemantauan PPD...kena stand by la jawabnye pas ni)

Khamis, 28 Mac 2013

MTQ Zon Hulu Kelang


Huhuhu....rasa utk memblog kembali lagi....

kali ni saya nak cerita sikit tentang MTQ Zon Hulu Kelang yang telah disertai oleh anak2 didik saya di sekolah...Majlis tersebut telah diadakan pada 20 Mac 2013 yg lepas...saya dan 2 org guru lain mengiringi 6 orang murid dalam acara hafazan lelaki/perempuan, tilawah lelaki/perempuan dan bercerita lelaki/perempuan...

Kami  tidak menghantar wakil nasyid kerana kelemahan guru2 di sekolah saya....kami kurang kemahiran utk melatih murid dalam acara nasyid....sedih la juga tapi nak buat mcm mana...guru yg berkemahiran dah berpindah ke sekolah lain...

Walau bagaimanapun, mungkin bukan rezeki anak2 didik saya nak menang dan meneruskan ke peringkat daerah kot....lawan2 mereka lebih hebat dan handal..tapi xkisah la...kalah atau menang tu adat bertanding...yang penting anak2 didik saya mendapat pengalaman yang berguna dan mereka boleh cuba lagi tahun depan







Jumaat, 8 Mac 2013

Coretan Perwira Negara Lahad Datu


[Cerita yang disusun semula]

Lebih kurang dalam jam 4 petang tadi, kami diarahkan untuk meronda di sekitar Pekan Lahad Datu dengan beberapa buah kereta perisai. Aku dan kawan-kawan berhenti sekejap di sebuah kedai runcit yang bersebelahan dengan restoran makanan untuk membeli air mineral. Tiba-tiba orang ramai yang makan di restoran tersebut melaungkan kata-kata ‘Askar, askar, askar’ sambil bertepuk tangan.

Ada beberapa orang remaja perempuan berkata ''Bang..kamu bunuh semua penjahat-penjahat tu ya bang.'' Aku menjawab 'Jangan risau bah dik, ke lubang cacing pun kami akan buru diorang.'' Tiba-tiba salah seorang remaja perempuan itu berkata ''Aik, abang orang Sabah kah?''. Aku menjawab pertanyaan mereka ''Iya bah, abg pun orang Sabah juga asal Tawau dan kalau kamu mahu tahu kebanyakan yang bertempur barisan hadapan adalah orang Sabah'.

Tidak semena-mena para pelanggan di restoran dan kedai runcit tersebut menghampiri kami untuk mengambil gambar kenangan. Bukan itu sahaja, tokeh kedai runcit dan restoran tu memberikan kami berkotak-kotak makanan dan minuman.

Sebelum kami balik ke Felda Sahabat 17, Kg. Tandou, sempat lagi mereka mendoakan kami ''YA ALLAH SELAMATKANLAH PEJUANG-PEJUANG KAMI DAN BAGILAH DORANG KEKUATAN.''

Kata-kata terakhir yang aku sampaikan dengan adik-adik remaja, pakcik dan makcik yang berada di kedai runcit dan restoran itu tadi sebelum kami bergerak ialah ''ATAS NAMA ALLAH, KAMI SEMUA BUDAK SABAH YANG DUDUK DI BARISAN HADAPAN TETAP AKAN BERJUANG SAMPAI TITISAN DARAH YG TERAKHIR KERANA SABAH TANAH TUMPAHNYA DARAH KITA.''

Aku dan kawan-kawanku mencium tangan pakcik dan makcik tokeh kedai runcit itu sebab umur mereka sebaya dengan ayah dan ibu kami. Ada juga dikalangan pakcik dan makcik lain yang menjemput kami datang ke rumah mereka dengan meberikan alamat.

Kejadian tadi membuatkan kami rasa terharu dan sangat dihargai kerana rakyat Sabah pun berjuang bersama kami untuk menjaga kedaulatan negara.

Sewaktu dalam perjalanan ke Kg. Tandou dengan tidak semena-mena semua budak Sabah termasuk saya yang berada di dalam kereta perisai itu MENITISKAN AIRMATA gembira dan lebih bersemangat atas sokongan yang diberikan pada kami.

AKU MEWAKILI SELURUH WARGA A.T.M MENGUCAPKAN TERIMA KASIH KEPADA SEMUA ORANG SABAH TANAH TUMPAHNYA DARAH KITA. ALLAHUAKHBAR!

SYABAS ATM DAN POLIS

Entri ni saya copy dari http://militaryofmalaysia.net/

1. Saya tahu agensi perisikan Singapura, IndonesiaFiliphina dan Amerika Syarikat (AS) telah menarik nafas panjang apabila melihat kejayaan Malaysia khususnya Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dalam mengerakkan operasi bersama (Joint operation) sehingga berjaya melumpuhkan pengganas-pengganas Sulu yang telah menceroboh kedaulatan negara.
2. Malaysia sudah memberikan peluang yang sebaiknya kepada pengganas ini yang jumlahnya lebih kurang 150 ke 200 orang selama tiga minggu dan dunia telah menyaksikan pengganas-pengganas ini menganiaya anggota pasukan keselamatan kita.
3. Inspektor 17992 Zulkifli B. Mamat (Syahid) terbunuh apabila pengganas Sulu melakukan sikap keji apabila berpura-pura mengibarkan bendera putih sebagai isyarat mahu menyerah diri.
4. Zulkifli yang merupakan ketua pasukan, menyangka musuh berniat baik lantas bangun dari posisi bertahan dan serentak itu, peluru dari penembak tepat dilepaskan dan menembusi kepala Allahyarham.
5. Koperal 113088 Sabarudin B. Daud (Syahid) yang bangun membantu turut terkena peluru dari penempak tepat, maka gugurlah kedua perwira bangsa.
6. Rupanya pasukan peninjau polis yang menjalankan tugas recce dalam ladang kelapa sawit disitu telah dikepung oleh ratusan pengganas Sulu.
7. Tanpa ketua pasukan, anggota lain terus membalas tembakan dan bertahan sekurang-kurangnya setengah jam sebelum tiba pasukan bantuan dan hasil dari kecekalan mereka yang terkepung ini, lebih kurang 12 pengganas Sulu ditembak mati.
8. Pengganas juga menganianya wira-wira polis kita yang gugur di Jaya Simunul, Kampung Seri Semporna.
9. Wira-wira polis ini yang berpakaian biasa merupakan unit Cawangan Khas (SB) bergerak ke kampung tersebut untuk melakukan tinjauan risik tetapi kedatangan mereka seperti sudah dapat dihidu.
10.Pengganas yang bersenjatakan raifel automatik M16 menghamburkan peluru sehingga mereka gugur sebagai bunga bangsa, darah pekat mengalir dari celah-celah jeti kampung tersebut.
11.Yang tinggal hidup, hanya nyawa-nyawa ikan.
12.Ketika ini, musuh menerpa dan mengerat-gerat serta memotong kepala ketua pasukan polis ini, ada jenazah polis yang dicacatkan, mata si mati dikorek, ada yang dipotong kepala di ditetak berkali-kali dengan parang, ada yang masih hidup dipotong kedua-dua tangannya.
13.Yang sialnya, akhbar Filiphina yang menyokong pengganas ini meletakkan mereka yang mati dikalangan penyokong Kiram sebagai imam-iman tempatan dari kaum Sulu yang syahid.
14.Senarainya kecederaan dan penganiayaan pada mereka yang mati ini saya ada tetapi demi menjaga maruah mereka yang gugur, tidak perlulah saya siarkan, saya jamin, kalau anda membaca…anda akan berdendam.
15.Saya sendiri tidak tahu, tonik apa yang mereka makan atau jin mana yang mereka damping sebelum pergi berperang sehingga memaksa mereka itu bertindak diluar batas kemanusiaan.
16.Yang anehnya, ada juga penyokong pengganas-pengganas ini dari negara jiran dan komen mereka terpaksa saya buang untuk mengelakkan nama negara mereka yang besar itu tercemar dan kotor di atas komentar rakyat mereka ini.
OPERASI DAULAT
17.Saya memohon maaf kerana tidak dapat update setiap butiran operasi.
18 Ingin saya melahirkan rasa kesal kepada sebahagian besar pembaca saya yang tidak sabar dan terlalu banyak mempertikaikan operasi ATM dan PDRM ini seolah-olah mereka ini lebih tahu.
19. Mereka beranggapan perang seperti yang mereka lihat dari kaca TV atau permainan video game.
20.Saya pula memilih jalan selamat untuk menantikan satu tindakan konkrit yang saya tahu pasti akan berlaku sedangkan setiap hari maklumat dari medan tempur masuk ke dalam talian saya setiap jam, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada para kontek saya dan juga kepada Anak Sabah yang menjadi mata dan telinga saya di negeri itu.
21.Maklumat-maklumat ini pula tidak dapat saya siarkan kecuali kerana tidak ada siapa yang boleh mengesahkan data yang saya terima, dan saya pula tidak mahu menganggu operasi yang sedang dijalankan termasuk menyebarkan khabar yang tidak benar.
MALAYSIA BUKTIKAN KEUPAYAAN MELAKSANAKAN JOINT OPERATION
22.Operasi Daulat dimulakan dengan serangan jet-jet F/A 18 Hornet dan Hawk Tentera Udara DiRaja Malaysia (TUDM) ke atas Ground Zero pada jam 0700
23.Ia diikuti dengan tembakan dari mortar 81mm, mesingan berat dan kemaraan 4 buah APC yang diikuti dengan PGA, VAT69, Para 10, serta unit khas lain.
24,Bagi saya, serangan jet-jet ini lebih kepada “Power Projection” oleh Malaysia kepada negara jiran padah apabila kita hilang sabar dan menunjukkan kemampuan bajet operasi ketenteraan negara apabila berlaku situasi kecemasan.
25.Ia juga adalah bukti kemampuan negara untuk melaksanakan Joint atau Combined Force Operation yang menggabungkan tentera laut, udara, komando, tentera darat, polis serta agensi kerajaan lain.
28.Negara-negara jiran lain secara teorinya mungkin ada kemampuan untuk membuat“Combined Force Operation” ini tetapi belum pernah dibuktikan secara nyata kecuali dalam latihan.
52 PENGGANAS SULU TERBUNUH SEHINGGA ARTIKEL INI DITULIS PADA 8 MAC
29.Apabila kita hilang sabar, inilah akibatnya, 52 pengganas Sulu terbunuh sejak dari kali pertama pertempuran bermula.
30.Pengganas ini menyangka mereka sedang berperang dengan askar-askar Filiphina, mereka lupa, mereka sedang berhadapan dengan ANGKATAN TENTERA MALAYSIAdan POLIS DI RAJA.
31.Saya sendiri menyaksikan gambar-gambar kematian pengganas ini (gambar baru dan bukan gambar dalam lubang), tetapi saya gagal memperolehi kebenaran untuk menyiarkan gambar ini, ia akan disiarkan dalam sebuah blog lain.
SERANGAN PENGGANAS TIDAK ADA KOORDINASI
32.Maklumat tidak rasmi yang saya terima, pengganas-pengganas ini mempunyai kekuatan seramai 1,000 orang di mana sekitar 200 dari mereka berada di Lahad Datu.
33.Bakinya dipecahkan ke enam daerah yang lain termasuk Semporna.
34.Ramai yang mempertikaikan keberkesanan sistem jammer atau kenderaan Electronik Warfare yang kita ada iaitu CommJam Fuch 6×6 hanya kerana ketua pengganas berjaya membuat panggilan telefon ke Manila.
35.Bagaimana kejayaan sistem ini terbukti kerana rancangan awal pengganas berjaya digagalkan, pelan untuk menimbulkan huru hara di tempat-tempat seperti di Kunak, Tungki, Tingku, Kinabatangan,  Sandakan dan Semporna lain gagal kerana masalah komunikasi.
36.Sejak awal rakyat dibawa menumpukan perhatian ke Lahad Datu sedangkan pada masa yang sama pasukan tentera di atur gerak ke tempat lain.
37.Kegagalan rakyat dan pembaca memahami bagaimana operasi tentera dijalankan memang saya sudah jangka kerana rata-rata, banyak forum pertahanan hanya suka membicarakan kecanggihan sesuatu aset tetapi kurang menyentuh dari sudut operasi ketenteraan.
PENGGANAS MERAYU MINTA GENCATAN SENJATA
38.Kelmarin media-media di Filiphina dan Indonesia meletakkan harapan yang tinggi kepada pengganas Sulu ini untuk mendatangkan kerosakkan yang besar kepada pasukan keselamatan negara kita.
39.Tajuk-tajuk seperti “Experience versus Fire Power” (klik sini) disiarkan, dan mengangkat pengganas Sulu ini seperti pahlawan yang tidak terkalah.
40.Bongkaknya elemen dengki dan cemburu di negara-negara dunia ketiga ini dihancurkan dengan rayuan ketua pengganas sendiri yang memohon ehsan dan belas dari pasukan keselamatan Malaysia.
41.Kalau kelmarin mereka bongkak, hari ini ketua pengganas iaitu Sultan Kiram merayu meminta gencatan senjata dari Malaysia.
42.Perdana Menteri Datuk Seri Najib semalam menegaskan, serah senjata tanpa syarat. Anda (pengganas) sedang berhadapan dengan negara berdaulat.
SYABAS MALAYSIA

Ya ALLAH, Selamatkan Pasukan Keselamatan Malaysia

Satu Malaysia dah tahu tentang pencerobohan tentera 'Sultan Sulu' yg berhajat utk menakluki Sabah... 

Situasi pencerobohan ini telah saya ikuti sejak ia mula2 disiarkan di media massa..pada mulanya saya xambil pusing pun tentang perkara ni...namun, apabila en. Hubby mengkhabarkan isu ini menggugat keselamatan negara dan kemungkinan beliau akan terlibat secara tidak langsung dalam situasi ni...membuatkan saya jadi tak senang duduk...

Ini ditambah lagi dengan pemergian 2 org anggota polis di Lahad Datu dan 6 org anggota di Semporna...jelas membuktikan bahawa tindakan penceroboh tersebut sangat serius utk mencetuskan huru hara di Sabah.

Dalam pada masa yg sama....hati saya bagai ditusuk sembilu apabila membaca komen2 di FB yg cuba menjatuhkan semangat anggota keselamatan negara dengan kata2 yg bagi saya sangat kurang ajar dan tidak sopan...segalanya mahu dipolitikkan seolah2 mereka ini 'bajet bagus sangat'.....sesungguhnya sebagai isteri anggota keselamatan negara, hati saya berasa amat terluka...

Setiap hari, hanya doa yg mampu saya iringkan buat semua anggota keselamatan dan mereka yg terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam Operasi Daulat ini agar mereka sentiasa berada dalam lindungan ALLAH setiap masa...saya juga cuba menerapkan rasa cintakan negara terhadap anak2 didik dan mengajak mereka membaca surah al-Fatihah dan doa bersama-sama utk ditujukan kpd anggota keselamatan yg telah meninggal dunia dan mereka yg sedang berada di medan pertempuran sebelum sesi PnP bermula...



Sabtu, 23 Februari 2013

Catatan pertama 2013

Huhuhuhu.....dah 2 bulan lebih sy xupdate blog ni...ish...ish...ish...

banyak benda nak coret tapi sy kekurangan mood utk menaip...

ok...nanti kita sambung kemudian ye...

Yahoo Messenger