Cuti sekolah bermula pada 26 Mei yg lepas....oleh kerana en. Hubbby juga mengambil cuti sepanjang cuti sekolah ni, kami merancang utk ikut mak n famili Cik Bashah ke pantai timur...dengan 2 tujuan utama beserta dengan tujuan utk jenjalan n shopping..
Tujuan pertama - anak cik bashah akan mulakan praktikal selama 6bulan di Kerteh..oleh kerana dia xbrani memandu jarak jauh, jadi bantuan abah diperlukan utk drive kretanya ke Kerteh..cuma, masalahnya bila perjalanan balik, mak abah xde kenderaan...dengan adanya kreta kami, maka selesailah masalah.
Tujuan Kedua - Kami nak ziarah besan mak...pak mertua angah yg baru kuar hospital...disyaki terkena virus kencing tikus...
kita tgk gambar la plak ye...
Gambar ni diambil ketika kami dalam perjalanan ke kelantan melalui Gerik..tempat ni sejuk...dapat lihat pemandangan banjaran Titiwangsa
Cik adik yg tengah tu akan ditinggalkan di Kerteh utk 6 bulan akan datang...jadi org Kerteh la plak
Mak n Abah
2org bujang perasan hensem ala2 k-pop
Ni homestay di Rantau Panjang, Kelantan....Family mertua angah tolong bookingkan...besarkan....6 bilik 4 bilik air...mmg berbaloi sangat sebab kami ramai...
Sebelum balik....kami singgah di Cherating
ni je gambar yg agak menarik....yg lain xde dalam simpanan...
Kami bergerak pada pagi 28 Mei 2012...melalui Kuala Kangsar-Gerik-Jeli-Rantau Panjang.
Tidur di Kelantan 2 Malam....sempat merayau di pekan Rantau Panjang n Wakaf Che Yeh...selain itu, sempat juga menziarahi kawan cik Bashah di Kg Repek.
30 Mei 2012...Kami bergerak pula ke Terengganu....singgah di Pantai Batu Buruk utk bertemu kawan Mal yg bertugas di Hot. FM Terengganu dan singgah sekejap utk mkn tengahari di rumah bekas staf cik Bashah yg kini bertugas di Hospital Kuala Terengganu....kemudian meneruskan perjalanan ke Kerteh....
Sampai di Kerteh, kami bermalam di rumah yg asalnya homestay tapi disewa selama 6 bulan oleh anak cik Bashah bersama 4 org lagi rakannya...umah tu kecik je...2 bilik tapi sangat cantik dan selesa...cuma 1 je kekurangannya...xdek aircond....umah tu sangat panas waktu siang dan awal mlm...maybe sebab cuaca tepi pantai kot...
31 Mei 2012...kami bergerak pulang ke Kuala Selangor....singgah sekejap di Cherating....kononnya 2 org bujang yg ikut rombongan nih nak mandi laut...tapi bila tgk laut dah jauh ke tengah n cuaca yg sangat panas...maka rancangan dibatalkan...amik gambar je la...