ku bahagia

ku bahagia

Ahad, 13 Disember 2009

SeLaMaT uLaNGTaHuN PeRKaHWiNaN SaYaNG

Dalam kalendar islam...18 Zulhijjah 1429
Dalam kalendar inggeris 12.12.2008

Kini Genap Setahun usia Perkahwinan Kami

Moga ALLAH mudahkan urusan harian kami...
Moga ALLAH berikan kami kesihatan yg baik...
Moga ALLAH murahkan rezeki dan berkati rezeki yg kami perolehi...
Moga ALLAH pelihara hubungan kasih sayang kami...
Moga ALLAH kurniakan kami zuriat yg soleh dan solehah...
PadaMu kami memohon Ya ALLAH..
PadaMu kami berserah..
Moga KAU makbulkan doa kami
AMIN..


rangkuman cerita

Wah...Wah...Wah...lama betul aku menulis kat blog nih...dekat 2bulan...cukup hanya menjadi pengikut setia blog rakan2..maklum la sebelum cuti skolah bz nak tanda kertas peksa..masuk markah..sukan sekolah dan hari kecemerlangan pelajar ditambah pulak laptop aku masuk hospital...Alhamdulillah segalanya berjalan dengan baik..maka, aku dan en. iskandar pulang ke kuala selangor kerana cuti sekolah pun bermula..

Minggu pertama cuti sekolah,
aku berulang alik ke Jabatan Pelajaran Selangor..puncanya, aku menghubungi pegawai j-QAF di jabatan utk mengetahui perkembangan permohonan pertukaran sekolah yg aku buat pada 26 oktober yg lalu. Beliau minta aku datang ke Jabatan utk bertemu dengannya. tapi xde sebarang keputusan dan aku diminta utk memohon semula tahun depan..hanya ALLAH je yg tau betapa sedihnya hati aku nih...
esoknye, pegawai tu call ke sekolah dan minta aku datang semula ke Jabatan..jadi aku datang semula ke jabatan pada hari rabu. Alhamdulillah..berkat doa aku dan suami, harapan kami utk hidup sebumbung seperti pasangan suami isteri yg lain menjadi kenyataan..Terima Kasih Ya ALLAH kerana KAU mudahkan urusan kami..menurut surat pertukaran, aku diminta melaporkan diri di SK Taman Keramat 1 pada 1 Disember 2009. Aku menyambut Hari Raya Aidil Adha dengan penuh rasa syukur kerana kesabaran aku dan suami selama setahun berbaloi..

Minggu kedua cuti sekolah,
keluarga mertua akan berpindah ke bota, perak. jadi, hari isnin aku ikut en. iskandar ke tempat kerja. kemudian en. iskandar mohon kerja separuh hari. Tengahari, kami bergegas balik ke Paroi utk bantu melicinkan proses pindah barang mak abah ke dalam lori. setelah selesai, kami bergegas pulang ke kuala selangor semula. eskonya, aku skali lagi ikut en. iskandar ke tempat kerja..kemudian aku ke SK Taman Keramat 1 utk proses lapor diri..setelah diberi taklimat oleh Pn. Zuraida, aku dan seorg lagi guru diminta berurusan dengan kerani sekolah..setelah selesai, aku balik umah nenek sementara menanti en. iskandar abis keja.
5 Dis 09..majlis sambut menantu.
oleh kerana angah dah nikah bulan 10 yg lepas, jadi mak buat majlis sambut menantu. sumer saudara mara, jiran n rakan taulan dijemput. Alhamdulillah, majlis berjalan dengan baik n cuaca pun baik

Minggu ke-3 cuti skolah,
minggu ni aku ikut en. iskandar ke tempat kerja. tapi aku ke rumah yg bakal kami duduki utk proses mengecat umah..mula2 sampai umah..rasa cam xnak duduk situ je..tau je la kuarters tentera..tapi lepas dicat dan dibaik pulih..umah tu nampak cam umah baru..kemudian, aku n en. iskandar balik ke banting utk packing barang..banyak juga barang kami selepas setahun nikah..

Minggu ke-4 cuti skolah,
arini, aku dok kat umah je atas permintaan en. iskandar..




Yahoo Messenger