ku bahagia

ku bahagia

Sabtu, 24 Oktober 2009

Selamat Pengantin Baru Angah n Muni

Ahli keluarga kami bertambah ramai...



ni la dia kak ngah


'Aku terima nikah Munirah binti Ismail dengan mas kahwin
RM8410.15 tunai'
Kami sebelum angah nikah


abang jadi pak andam tak terlatih hehehe...


23 september 2009 kami sekeluarga terdiri dari pada mak, abah, nenek, mal, angah aku, abang, acik aziz dan lokman berkonvoi ke Kelantan melalui grik-bukit bunga-rantau panjang dengan satu tujuan iaitu ingin menyaksikan pernikahan angah bersama gadis pilihannya(Ore Rantau Panje,klate)..perjalanan selama hampir 7 jam tersebut kurang memenatkan apabila kami dihidangkan dengan panorama hutaj dara Belum dan laluan berbukit bukau yg dilitupi hutan tropika...Subhanallah...indah sungguh ciptaanMU ya ALLAH..terasa betapa kerdilnya aku sebagai hambaMU ya ALLAH...

Kami tiba di Rantau panjang menjelang pukul 2ptg..di sana angah telah sediakan sebuah homestay yg sgt best buat kami...sebuah rumah mewah 2 tingkat...5 bilik 4 bilik air..hampir keseluruhan rumah tu mempunyai penghawa dingin..dan sewanya sangat murah...

24 september 2009 angah selamat diijabkabulkan dengan muni dengan sekali lafaz...hehehe angah mesti dah lama hafal punya..'Aku terima nikah Munirah binti Ismain dengan mas kahwin RM8410.15'

Selamat pengantin baru angah...Alhamdulillah, bertambah lagi ahli keluarga kami

Yahoo Messenger